08 Mac 2013

KEJAM...Pengganas Sulu seksa polis hidup-hidup dan dipenggal kepala - Saksikan





Khabar angin kata Menteri KDN. Khabar angin ye?

Dipenggal kepala?
Dicerai2kan badan.
Dicampak ke laut.
Dipotong tangan.
Dikorek keluar mata mereka.


Ini khabar angin pada anda? Tidak aneh kenapa anggota keselamatan cukup berkecil hati jika baca penulisan-penulisan mereka di forum mesra tentera dan polis. Terbit kekesalan dalam diri mereka kerana negara kita lambat bertindak terhadap penceroboh.


 Hanya satu arahan yang memisahkan antara hidup dan mati. Dan satu arahan itu ditangguhkan berhari2 lama nya sehinggala peristiwa berdarah ini berlaku.

Sejujurnya, bukan la malaysia mahu sangat membunuh kumpulan penceroboh. Jika arahan awal dikeluarkan, pasukan kita sudah ada strategi tertentu untuk memastikan mereka keluar dari negara ini. Namun, sayangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hingga ke saat2 terakhir sekalipun, tetapla kita dipihak yang paling rugi. Kehilangan anggota sudah cukup menyedihkan, ini merosakkan mayat dan ada di antara mereka di siksa hidup2, merupakan satu perbuatan yang tidak dapat kita gambarkan sampai bila2.

Mereka bunuh rakyat kita, maka bunuhla yang mereka akan dapat kembali. Kami rakyat malaysia bersatu ahti agar pasukan keselamatan negara tembak mati saja pengganas2 ini. Jangan sesekali diberi muka waima sesaat sekalipun.




Baca bawah ;


Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di KampungSri Jaya, Simunul, Semporna. Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala. -UM
~ Sozyili

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...