04 Mac 2013

PANAS ! KETUA PENCEROBOH PERNAH BERKHIDMAT PEMBANTU PEGAWAI DAERAH KUDAT


Kesultanan Sulu sedia berunding, mahu tuntutan ke atas Sabah diiktiraf

Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, lapor akhbar Filipina hari ini.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer, beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

“Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka,” kata Jamalul dipetik media Filipina di kediamannya di sana petang tadi.

Jamalul yang mendakwa berketurunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo itu — yang sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia — dilaporkan berkata keluarganya hanya menuntut tanah mereka.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.


Portal Borneo Insider yang baru berusia tiga bulan dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Putrajaya juga telah menghantar dua batalion tentera untuk membantu pasukan keselamatan ke negeri berkenaan selepas lAPAN anggota polis terbunuh sejak hujung minggu lalu.

Manakala14 anggota militan Filipina itu terbunuh.

Polis Malaysia dilaporkan bekerjasama dengan pasukan tentera untuk menjejaki 10 lelaki yang didakwa berkaitan dengan kumpulan tersebut.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia.

“Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia,” katanya.

Dia dilaporkan berkata penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka.

“Ini bukan bahan jenaka. Malaking gulo ito, malaking gulo ito (ini masalah besar),” katanya kepada pemberita.

Jamalul berkata lagi bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Anak perempuannya, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

“Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah,” katanya. “Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?”

Jacel mengaitkan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino menafikan di TV nasional Filipina mereka telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Dia turut menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”.

Dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.

Presiden Aquino telah mengingatkan kumpulan berkenaan dua kali untuk mengiut arahannya untuk keluar dari Sabah dan kembali ke kampung halaman.

Jabatan Kehakiman Filipina juga bercadang membawa kes itu ke Mahkamah Dunia.

Perdana Menteri Najib Razak yang tidak mengendahkan tuntutan kumpulan berkenaan sejak tiga minggu, telah memberi kata dua kepada militan berkenaan, menyerah atau menerima tindakan yang drastik.- TMI

PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) ~ Sumber Gambar


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...