08 Mac 2013

TERKINI : IGP: Jeneral penceroboh yang terbunuh, bukan Azimuddie@ ABGIMUDDIN KIRAM...!!! [+ Video]

PORTAL BORNEO INSIDER YANG BARU BERUSIA TIGA BULAN DILAPORKAN BERKATA AGBIMUDDIN @ AZIMUDDIE KIRAM PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBANTU PEGAWAI DAERAH KUDAT KETIKA TUN MUSTAPHA HARUN MENJADI KETUA MENTERI SABAH DAN MEMPUNYAI IC MALAYSIA .



IGP: Jeneral penceroboh yang terbunuh, bukan Azimuddie

12:08PM Mac 8 2013

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata seorang jeneral penceroboh bersenjata Sulu yang dibunuh pasukan keselamatan semalam, bukan Azimuddie Kiram- adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III, yang mengetuai kumpulan tersebut di Sabah.

"Dia bukan (Azimuddie), Dia (mayat) salah seorang pemimpin mereka," kata Ismail dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence pagi ini.

Ismail membuat penjelasan berhubung kematian seorang jeneral Sulu yang terbunuh bersama dengan 30 lagi anggota penceroboh yang lain, dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada malam Rabu di Tanjung Batu.

Ismail berkata, pasukan keselamatan membuat kesimpulan bahawa lelaki itu adalah salah seorang daripada pemimpin mereka, berdasarkan kepada pakaiannya, tetapi masih dalam proses mengesahkan identiti sebenarnya.




ADIK KEPADA JAMALUL, AGBIMUDDIN KIRAM ATAU AZIMUDDIE KIRAM , DILAPORKAN MENGETUAI SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATA SEKITAR 100 HINGGA 200 ORANG TELAH MENCEROBOH LAHAD DATU, SABAH, PADA 9 FEBRUARI DAN BERAKHIR DENGAN PERTEMPURAN DENGAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA DI TIGA KAWASAN.


PORTAL BORNEO INSIDER YANG BARU BERUSIA TIGA BULAN DILAPORKAN BERKATA AGBIMUDDIN PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBANTU PEGAWAI DAERAH KUDAT KETIKA TUN MUSTAPHA HARUN MENJADI KETUA MENTERI SABAH. - BERITA PENUH BACA SINI



Kesultanan Sulu dakwa Azimuddie masih hidup
8 Mac 2013

KUALA LUMPUR: Anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram mendakwa Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah, yang juga adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III masih selamat.

Portal Philippine Inquirer melaporkan Jacel membuat kenyataan itu dalam satu temubual di radio dzBB.

Jacel juga dilaporkan berkata, hubungan mereka kini sangat terhad ekoran bimbang komunikasi mereka boleh membenarkan pihak berkuasa Malaysia mengesan di mana beradanya Azimuddie.

Tetapi Jacel berkata bahawa kali terakhir mereka bercakap pada Khamis, Azimuddie dan orang-orangnya adalah selamat.

Sementara itu di Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini juga mengesahkan jeneral penceroboh bersenjata yang terbunuh semalam bukan Azimuddie Kiram, yang mengetui kumpulan penceroboh itu.

"Dia bukan (Azimuddie), Dia (mayat) salah seorang pemimpin mereka," kata Ismail dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat Residence pagi ini.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...