03 Mac 2013

[ UPDATE ]Terkini ! 5 Anggota Polis Terbunuh Ketika Serbuan di Semporna

Suasana Panik Di Kg Seri Jaya Simunul Semporna

Kenderaan awam beratur panjang untuk mengisi petrol sebelum meninggalkan bandar Semporna ekoran kejadian tembakan di perkampungan air Simunul pada Sabtu

Sidang Media KPN 




[SH] LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.


LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi.

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa. – BH


[update] Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengesan 10 penceroboh dan tiga bersenjata di Kampung Lormalong dan Dasar Lama, Kunak semalam yang mana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan di Kampung Tanduo, di sini. 






Lapuran malam semalam 2/3/13 11.30pm

Panglima ATM kata penceroboh ada kemahiran gerila


Sabah : Panglima ATM kata penceroboh ada kemahiran dalam pertempuran

Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.

Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

“Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 15 kilometer dari sini.


Menyusul Lagi.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...