07 Mac 2013

LAWAK ! KISAH KANG KANG GERILA SULU BERSELIPAR JEPUN.....

PERANG DAN ILMU SEMIOTIK

APA ITU ILMU SEMIOTIK
semiotik ialah memahami makna dan tanda imej
dalam ilmu semiotik imej juga memiliki nahu
saperti satu karangan
saperti surat kiriman
imej atau gambar juga memiliki nahu
nahu yang boleh dibaca
boleh dirungkai 
untuk melahirkan  tanda makna 

dalam kata yang senang
imej yang bisu dan kaku itu
boleh bercakap mengeluarkan suara
untuk kita semua fahami

APA ITU PROPAGANDA
propaganda ialah menjual satu jalur pandangan
kepada orang ramai
propaganda mengharapkan jalur pandangan ini
akan diterima pakai

IMEJ SATU

MEMAHAMI IMEJ SATU
lihat keseluruhan apa yang wujud dalam bingkai ini
jangan hanya melihat apa yang besar
atau yang yang jelas tertera
lihat dan amati seluruh bingkai

imej utama ialah tertangkapnya 2 orang  gerila suluk

perhatikan betul betul
ada  11 orang pihak keselamatan
dalam bingkai ini
dan hanya ada dua orang gerila sulu

ini maknanya  pihak keselamatan lebih ramai

lihat pula senjata pihak keselamatan
lengkap dengan senapang jenis  m16
buatan amerika
dipinggang soldadu  terikat pula peluru
nisbah nya pihak keselamatan lebih gagah
lebih hebat
lebih gah

ini ditujukan untuk mak cik dan pak cik felda
dengan harapan mereka akan melihat imej soldadu ini
sebagai imej najib razak
najib yang hebat


dan bukan najib sebagai jantan takut bini

ini kerana yang  beri arahan kepada soldadu ini
ialah sepupu najib
najib  menumpang glamour


perhatikan pula  gerila suluk
ini lah pertama kalinya dalam dunia ini
gerila memakai baju puteh
inilah pertama kalinya dalam dunia ini
malah dalam alam maya ini
gerila memaki selipar jepun
ketika bergerila

ini memang hebat
gerila berselipar jepun!

muka sang gerila di padamkan
ini untuk menjaga air muka sang gerila


kenapa muka dipadamkan?
mungkin si gerila  masih memiliki hutang pada along
takut-takut sang along ternampak muka gerila ini
maka akan menyerbu minta hutang
atau mana tahu kalau kalau tarantino ternampak imej gerila ini
maka ianya akan datang untuk mengambil gerila ini
untuk berlakon dalam filem pernag terbarunya : full mental jungket

baju puteh yang dipakai ini bertujuan
untuk mengamalkan apa yang dikatakan
oleh mao tse tung : gerila wajib macam ikan dalam air
ikan ialah gerila
air ialah rakyat
maka gerila suluk ini
wajib dilihat  sama saperti rakyat sabah

pakai baju puteh
pakai selipar
dan tak ada senjata
mao tse tung tidak terpernah terfikir pekara ini

bagaimana gerila suluk ini menyerang
tidak pula diketahui
apa senjata yang dipakai
juga tidak diketahui

mungkin dalam selipar jepun ini
tersimpan senjata yang maha hebat

IMEJ DUA

IMEJ KLASIK PERANG LAHAD DATU
ini akan dinobatkan sebagai imej klasik
untuk dijadikan imej rujukan
tentang perang sulu
atau perang lahad datu
atau sandiwara al-lahad datu

imej klasik ini akan dikenang sampai bila bila
saperti imej anak perempuan bogel
dalam perang vietnam

dalam imej ini tidak ada muka yang kelihatan
semuanya membelakangi juru kamera
kelihatan jelas perkataan POLIS
ertinya piak berkuasa telah sampai

senjata tidak kelihatan
tetapi cukup untuk kita yang melihat
bahawa si gerila telah ditangkap
dihadapannya  kamarad gerila ini juga tertangkap
walau pun tidak jelas

perhatikan betul betul
di hadapan subjek induk ialah
dua buah motosikal
sebuah van puteh
dan pokok pokok  sawit
ini bermakna tangkapan beralaku  dalam kampong

kemungkinan dua motosikal ini milik gerila
jika ini betul bermakna
gerila suluk ini bukan sahaja datang bersampan
mereka juga datang dengan motosikal

ini satu taktik gerila yang baru
datang bermotosikal
mungkin menyamar sebagai mat rempit
mungkin


menggunakan motosikal ini
memperlihatkan satu kemajuan
dalam hal penaklukan
pada 8 disember 1941  jepun mendarat di kota baru
kemudian turun ke selatan tanah melayu
jepun hanya menggunakan basikal dan berjalan kaki

gerila sulu lebih hebat  dari soldadu jepun
jepun naik basikal
gerila sulu naik motor
dan munkin naik van

hebat - memang hebat

perhatikan di sebelah kiri
ada papan tanda
tetapi kita TIDAK dapat melihat
apa yang tertera:
apakah ini tanda sekolah
apakah ini tanda balai raya
atau ini tanda: undilah dacing

waspada!
imej ini menjadi klasik
bukan kerana motor
bukan kerana van
bukan keranapapan tanda

tetapi  kerana:
logo baju puteh yang dipakai oleh gerila ini


uniform gerila ini
dengan bangganya menayangkan
imej jantan bersongkok?

mungkinkah ini imej tian chua
kerana yb china ini juga sering bersongkok
mungkinkah ini imwej  yb teng
yang bersongkok kerana yb teng ialah
speaker dewan undangan selangorn yang sering memakai songkok

tak mungkin ini imej elizebeth wong
kerana dia perempuan

juga ini bukan imej che
bukan imej mat indra
bukan imej mat sabu
bukan imej tok guru
bukan imej anwar ibrahim

justeru imej siapa ini?

untuk mengetahu imej siapa ini
maka kita wajib membesarkan imej tersebut
tidak cukup dengan kanta
kita juga wajib mengetahui
maklumat diluar teks


pertempuaran hebat ini berlaku di semporna
ini kawasan yang di menangi
oleh united malays national organisation

siapa YB SEMPORNA?

presto!
jawabnya ialah shafie afdal

terbonggeng lah
kantoi mantoi
yerbukti gerila ini ialah penyokong kuat
shafie afdal

siapa sahfie afdal?
sosok ini ialah naib presiden united malays national organisation

apa pasal pakai baju shafie afdal

jawabnya cukup senang
gerila ini adalah pelakon tambahan
dalam sandiwara al-lahad datu
gerila-gerila ini adalah gerila upahan
di upah oleh united malays national organisation


KENAPA  INI BERLAKU
cukup senang untuk faham
rakyat sabah telah muak dengan united malays national organisation
rakyat sabah berkata: ini kali laaaaah
mereka akan menghumbankan parti ketuanan melayu ini
dalam pru  yang tak lama lagi akan berjalan

maka satu sandiwara  wajib dipentaskan
untuk menakut nakutkan rakyat sabah
untuk menaikan semangat nasionalisma melayu
untuk dilihatkan najib bukan takut bini
untuk memadamkan kes siasatan kad pengenalan segera
untuk memadamkan cerita bala
untuk memadamklan cerita deepak

sayangnya pengarah sandiwara ini kurang bijak
penjaga  pakaian tidak hati hati
prop master kureng hati hati
muka shafie afdal telah membuktikan kepada dunia
bahawa ini semua adalah sandiwara


IMEJ KLASIK PERANG VIETNAM
NOTA
baju t zahida rafik
sedang dicetak
kah kah kah
KANGKANG
ini dinamakan
KANG KANG GERILA SULU

Sumber : SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...