26 Jun 2013

TERKINI ! ADUN Kuala Besut Meninggal Dunia, Pilihanraya Kecil Akan Berlaku Di Terengganu


ADUN Kuala Besut meninggal dunia



KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah di, sini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu dan ditempatkan di ICU selepas mengalami masalah pernafasan.

Dengan kematian itu, satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan tidak lama lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan memenangi 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan. PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi.




Pentas politik negara panas semula. Exco Kerajaan Terengganu Dr Abdul Rahman yang mewakili Kuala Besut telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah.

 Kedudukan kerusi semasa ialah 17 BN 15 PR.  Ini merupakan PR Kecil pertama pada penggal ini, mampukah PR menggambil peluang pada kali ini hanya penggundi disana jadi penentu.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...