25 Jun 2013

HOT ! MENGAPA POLIS LAYAN HUSAM MUSA BAGAI VVIP.....


Ucapan sulung DHM di Pasir Tumboh semlm..

Dato Husam mendedahkan tangkapnya bermotifkan politik utk seseorg tunjuk 'hero' bagi bertanding di pemilihan UMNO tahun ni.

Dato Husam juga menegur "budak budak Nakal" dalam Pas yang melabelkan Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden Pas" dengan benda-benda  Negatif dan menjatuhkan aib pemimpin parti, Dato memohon Presiden Pas mengambil tindakan tegas terhadap hal ini.

Seramai 18 anggota dengan lima kereta polis mengiringi Datuk Husam Musa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu malam 22 Jun lalu.

Naib Presiden PAS itu berkata, beliau “dilayan” seperti pembesar pula dengan diiringi begitu ramai anggota polis.

Namun katanya, apa yang lebih pelik apabila polis terbabit melalui jalan yang jauh dengan berpusing ke beberapa jajahan sebelum sampai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 1.30 pagi.

“Polis buat habis minyak kereta sahaja dengan berpusing-pusing ke merata tempat sebelum sampai di IPD di Pengkalan Chepa,” katanya pada ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi.

Program tersebut dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), diketuai Nazri Deraman.

Hadir sama anggota Exco, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus, Adun Tawang, Hassan Mohammad dan aktivis R.

Husam ditahan di Pandan ketika berada di sebuah kedai makan sebelum dibawa ke IPD Ampang. Kemudian pada jam 6 petang dibawa pula ke Kota Bharu dengan kereta.

Beliau ditahan dipercayai ada kaitan dengan ucapannya mengajak orang ramai hadir pada program Blackout di Padang Merbok petang 22 Jun lalu.

Husam juga meluahkan rasa hairan mengapa polis tidak memberitahunya lebih awal untuk datang memberi keterangan di IPD Kota Bharu, sehingga terpaksa pula ditahan di Kuala Lumpur.

Katanya, laporan polis terhadapnya dibuat pada 21 Jun, sedangkan ceramah Blackout 505 diadakan di Ketereh pada malam 12 Jun lalu.

“Lagi pun semasa datang ke Kuala Lumpur pada 21 Jun lalu saya juga bertemu dengan seorang pegawai kanan polis dalam satu penerbangan, tetapi tidak pula diberitahu ada tangkapan hendak dibuat.

“Kalau ada apa-apa masalah polis boleh panggil dan tak payahlah hendak datang tangkap di tempat lain,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...