28 Jun 2013

HOT ! POLIS TERTIDUR ATAU PENYAMUN TIDAK TIDUR?...MESIN ATM DILARIKAN LAGI DI JB

WALAUPUN POLIS DIARAHKAN MERONDA 1 JAM SEKALI DISEMUA LOKASI MESIN ATM... NAMUN DI JOHOR BAHRU SEMALAM, SAMUN DILAKUKAN PICK-UP LANGGAR MASUK BANK DAN TARIK MESIN ATM.....


KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa hari ini, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk WiraAyub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikalakan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan disetiap daerah.

“Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawat premis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari disemua daerah di seluruh negara.

“Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.

Begitulah nada bunyinya pada 16hb Jun 2013 yang lalu.....Pada 28hb Jun 2013 ini punya kisah yang terjadi...Selepas 12 hari arahan dikeluarkan.


JOHOR BAHRU – Sebuah mesin ATM berjaya dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian jam 1 pagi, di Desa Cemerlang, di sini, semalam.

Rompakan yang menggunakan kenderaan jenis Hilux sebagai jentera pengangkut dipercayai telah dirancang rapi kerana kelibat kenderaan itu dikesan kakitangan bank tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mendakwa beberapa kali ternampak kenderaan itu di kawasan tersebut.

Modus operandi kumpulan tersebut ialah memandu kenderaan terbabit menuju ke pintu masuk bank berkenaan yang kemudiannya bertindak merantai mesin ATM lalu memecut laju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan menubuhkan satu unit khas bagi menyiasat kes tersebut.

“Kami akan meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis terbabit bagi menjalankan siasatan,” katanya, di sini, semalam.

Zainuddin percaya kejadian itu turut mempunyai kaitan dengan cubaan membawa lari mesin ATM di Taman Daya, Rabu lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jumlah wang dalam mesin ATM masih belum diketahui dan akan disiasat.

1 ulasan:

Purnama Malam berkata...

Salam. Hai semua. Jom FOLLOW dan JOIN blog saya :)


Ibu Diikat Seperti Anjing 



Guru Paling Kejam 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...