" Ucapan terima kasih buat semua yg terus bersolidariti mendesak pembebasan semua tahanan. Kami mula ditahan jam 11.30 pagi bertukar pakaian lokap jam 7 malam kerana diberitahu OCPD bahawa kami semua akan dibebaskan selepas 24jam. Akhirnya jam 11 malam diberitahu bahawa kami akan dibebaskan segera!
Alhamdulillah, masih mampu bertahan walaupun mula sakit-sakit badan setelah dikasari dgn teruk semalam. Lutut mula lebam, dan kepala masih bengkak dihentak dgn video kamera milik 'SB' (Special Branch-siputbabi) yg menyamar di sebalik kumpulan rakyat. Hari ni ramai akan buat pemeriksaan kesihatan bagi mendapatkan rawatan susulan setelah berlaku kecederaan.
Pendirian kami jelas dan tegas, isu penipuan pilihanraya ini telah berjaya ditutup oleh Umno BN dengan isu semua telah selesai angkat sumpah. SPR akan terus berkhidmat utk menipu rakyat dgn pelbagai agenda terbaru. SPR akan terus bersekongkol dgn Umno BN menjalankan modus operandi kononnya SPR telus, sedangkan bukti kegagalan SPR sudah cukup jelas dgn isu dakwat yg tidak kekal!
Teruslah pilihanraya ke-14, 15 sekalipun, rakyat akan terus ditipu SPR walaupun hak rakyat dlm perlembagaan artikel 114(2) jelas bahwa "SPR suatu badan yang mempunyai kepercayaan awam". Ternyata SPR tidak lagi mempunyai kepercayaan awam yg majoriti! Perkara ini sangat mengecewakan rakyat kebanyakan!
Dan buat pemimpin yang berdepan dengan amanah rakyat kebanyakan, berusahalah untuk menjadi yg ikhlas dan tunduk pada kehendak rakyat. Jangan sombong! Rakyat sebelum ini menanti dengan penuh harapan dan akhirnya ramai yang telah patah hati dan letih dengan sikap berdolak dalik anda! Sekurang-kurangnya semalam anda datang berjumpa rakyat sebelum masuk ke parlimen sbg tanda hormat dan solidariti bersama rakyat!
Nasi sudah menjadi bubur dan sejarah semalam dicatat sebagai agenda RAKYAT akan terus melawan penipuan, penindasan, kezaliman, pembodohan termasuk sikap tidak hormat pemimpin kepada hasrat rakyat!
Aku mengkritik kerana aku juga rakyat biasa! "
2 ulasan:
Dah kena main depan belakang pun masih percaya lagi dgn pemimpin2 penipu....hehehe geliiiii..
Ada gak bangun melawan. Yg kau menyondol je pecaye. Apa punya manusia la
Catat Ulasan