Betul ke dakwaan ini belum diketahui benar atau tidak , tapi gah dimainkan cerita tersebut di blog-blog pro umno.......
Seorang Lagi Bekas Menteri Besar UMNO Selangor Bakal Sertai Pembangkang?
Beberapa pihak memaklumkan kepada saya mengenai perjumpaan sulit beberapa wakil kepimpinan Pakatan Pembangkang dengan seorang bekas Menteri Besar Selangor bagi memujuk beliau menyertai Pakatan tersebut, pagi ini.
Khabar ini benar-benar mengusarkan saya memandangkan sebelum ini seorang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah berjaya dipujuk untuk meninggalkan UMNO.
Muhammad, juga bekas Ketua Bahagian Kelana Jaya didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO Selangor yang membelakangkan pemimpin berpengalaman seperti beliau menyebabkan tawaran untuk menyertai pembangkang diterimanya lebih mudah.
Perjumpaan sulit antara bekas Menteri Besar Selangor dan wakil pemimpin pembangkang di sebuah restoran?
Berbeza dengan Muhammad, bekas Menteri Besar UMNO ini pula sedang menghadapi petisyen rayuan kesnya bersabit dengan penyalahgunaan kuasa oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam nampaknya cuba dibeli oleh wakil pemimpin pembangkang dengan tawaran bantuan guaman secara percuma terhadap kesnya itu.
Malah wakil pemimpin pembangkang berkenaan turut berjanji akan memastikan bekas Menteri Besar Selangor itu bebas dari sebarang tuduhan yang disabitkan dengannya sebelum ini.
.
Walau bagaimanapun, bekas Menteri Besar berkenaan sehingga ke masa ini masih belum memberikan kata putus berkenaan penerimaan tawaran tersebut. Malah bekas Menteri Besar ini juga didakwa masih bermain teka-teki sama ada bakal menyertai Pakatan Pembangkang, sama seperti dilakukan Muhammad ataupun meneruskan perjuangannya di dalam UMNO.
7 ulasan:
Dah dijadikan kambing hitam baru tersedar dari mimpi yg tak mahu dilupakan selama ni.
Jaga2 sikit. Jgn gembira & ghairah sgt. Takut2 ada udang sebalik mee je.
Bleh percaya ke???
laporan mengelirukan...pembangkang...sapa pembangkang..siapa pakatan pembangkang pulak..apa beza umno dgn pembangkang dan pakatan pembangkang diselangor...laporan ok..cuma pemahaman ttg laporan kurang sampai..
UMNO
pembangkang
pakatan pembangkang
atau memang bangang
Salam. Hai semua. Jom FOLLOW dan JOIN blog saya :)
Ibu Diikat Seperti Anjing
Guru Paling Kejam
bagus jugak.. Aku harap dapat buat rawtan gigi free dengan Dr Gigi nih.. hehehe
Boleh la kita dptkn rawatan gigi free nanti
Catat Ulasan