24 Jun 2013

TERKINI ! 26 AKTIVIS BANTAH SPR DITAHAN SEKITAR PARLIMEN [ VIDEO INSIDE ]

Aktivis R , Lan, patah kaki ditendang Polis semasa operasi tangkapan di Parlimen

Antara 25 individu yang ditahan oleh PDRM sebentar tadi di hadapan parlimen.




Aktivis berbaring depan Parlimen, 26 ditahan

Sekumpulan kira-kira 300 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.

Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.




Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.



Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 pagi untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...