28 Jun 2013

Hot ! Utusan Protes Sidang DUN , 100, 000 berdemo...?

Wartawan Utusan protes, dakwa dihalang masuk DUN

Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: “Ketelusan telah mati di sini”.

Sementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia.

ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini.

“Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi,” kata Law dalam satu sidang media.

DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011.

Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media.

Sementar itu 40 Adun P.Pinang angkat sumpah

GEORGETOWN - Empat puluh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baru persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diikuti Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Mohd Rashid Hasnon dan TKM II P.

Ramasamy, 10 anggota exco dan Adun yang lain.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Abdul Hamid bersama sembilan lagi anggota Dun BN turut mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baru dilantik, Law Choo Kiang.

Law yang juga Adun Bukit Tambun dalam ucapannya menasihati kesemua Adun agar membuat kerja rumah sebelum menghadiri persidangan minggu depan.

"Saya berharap Adun-adun kali ini akan kurangkan perbahasan politik.

Terdapat banyak undang-undang dan enakmen yang boleh mereka bahaskan selain politik," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Speaker Dun dan Adun di sini hari ini.


Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, pakatan pembangkang memenangi 30 daripada 40 kerusi Dun.

DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi Dun yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 manakala PKR memenangi 10 kerusi dengan pertambahan satu kerusi iaitu Dun Seberang Jaya dan Pas kekal dengan kerusi tunggalnya di Dun Permatang Pasir manakala BN yang diwakili Umno pula memenangi 10 kerusi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...