02 Oktober 2012

Ponteng, Najib & MP BN Gagal Menjaga Amanah Negara



Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.

Kegagalan Menteri-menteri kabinet hadir ke dewan jelas mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang juga gagal menjaga amanah yang diberi . Ia ibarat guru dan murid yang sengaja ponteng sekolah maka sekolah wajar membuang mereka.

Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.


Satu contoh terbaik bagaimana menteri berbohong kepada sidang kabinet yang membawa kerugian RM12.5 bilion wang rakyat. Ini kesan kabinet BN.....
Tun Ling tiba di Mahkamah Jalan Duta diiringi oleh Toh Puan Ena Ling.
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Saksi pakar dalam sebutan kes pembelaan Tun Dr Ling Liong Sik hari ini memberi keterangan harga tanah di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak mungkin akan dimasukkan sekali dengan faedah seperti yang didakwa pihak pendakwaan.
Pengarah eksekutif perundingan BDO, Mok Chew Yin, hari ini memberi keterangan tanah PKFZ telah dibeli pada harga RM25 kaki persegi dengan 7.5 peratus faedah berbeza dengan nilai awal yang dinilai oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) secara kaedah pembayaran tunai yang memerlukan permulaan deposit sebanyak 10 peratus.
“Jika ia tertangguh, maka harga akan menjadi lebih tinggi menggunakan kaedah aliran tunai diskaun (DCF).
“Dalam surat ini, syarat-syarat yang ditetapkan untuk kaedah ini digunakan ialah lima peratus deposit. Pembayaran akan dibuat untuk tempoh 10 hingga 15 tahun, dengan kadar faedah sebanyak enam peratus,” kata Mok (gambar), merujuk kepada surat dari pada JPPH bertarikh 11 Mei 2000.

Mok tiba di Mahkamah Jalan Duta.
Beliau berkata berdasarkan terma-terma tersebut tiada cara untuk mengira nilai asas tanah sebanyak RM21 kaki persegi melainkan kadar faedah ditambah RM25 kaki persegi pada awalnya.
Bersambung pada jam 2.30 petang, peguam Yeoh Cho Kheong bertanya kepada Mok samaada dia bersetuju kenyataan saksi awal bekas timbalan ketua pengarah JPPH, Datuk Mani Usilappan yang juga mengakui menggunakan kaedah DCF yang sama.
“Malah, nilai tanah itu ditetapkan oleh JPPH pada nilai harga tunai istimewa RM21 kaki persegi dan ini tidak perlu diubah. Perubahan sebenarnya adalah pada harga asas nilai tanah jika pembayaran tertangguh,” kata Mok, yang bersetuju dengan kenyataan awal Mani tahun lepas yang berkata terma sebenar perjanjian jualan dan pembelian tanah PKFZ mungkin berbeza-beza selagi nilai bersih semasa kekal pada RM21 kaki persegi.
Saksi pakar berkata kenyataan Mani adalah konsisten dengan apa yang diberitahu mahkamah hari ini.
“Pada asasnya nilai tanah itu telah pun ditentukan, jadi ia bukan harga tunai tanah. Ia akan bergantung ke atas terma tempoh tertangguh dan faedah atau tiada faedah selagi selepas terma digunapakai dan kadar diskaun kembali ke nilai semasa RM21 kaki persegi,” kata Mok.
Dr Ling, yang berkhidmat sebagai menteri pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet dengan meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah untuk projek PKFZ hingga mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.
Projek tersebut yang pada mulanya dianggarkan RM1.1 bilion selepas ia dicetuskan oleh Dr Ling pada tahun 1997, telah naik sebanyak empat kali ganda RM4.6 bilion pada 2007.
Satu kajian oleh firma perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC) mendedahkan pada tahun 2009 jumlah kos termasuk faedah daripada pembayaran hutang telah mencapai RM12.5 bilion.
Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa di mahkamah termasuk bekas Presiden MCA Dr Ling, dan penggantinya sebagai menteri pengangkutan, timbalan ketua bekas MCA Tan Sri Chan Kong Choy.
Kedua-duanya dituduh berbohong kepada Kabinet.
Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan tambahan menipu kabinet untuk mempercayai terma pembelian - RM25 kaki persegi termasuk 7.5 peratus faedah - telah diakui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui bahawa perjanjian tersebut tiada.
Beliau kemungkinan hadapi hukuman penjara hingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan atas pertuduhan pertama di bawah seksyen 418 Kanun Keseksaan.
Tuduhan tambahan membawa hukuman lebih ringan dengan penjara lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Perbicaraan soal-balas Mok dengan pihak pendakwa akan bersambung pada Khamis ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...