04 Oktober 2012

Panas ! Jangan Kalut Sangat..Kasi Menang Dulu....?

Cakap-cakap dan perangai macam orang AMNO.........

Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin



Elok rasanya kalau semua pihak dalam parti yang berikat dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap soal siapa yang akan menjadi perdana menteri, menteri ataupun menteri besar ataupun tokoh-tokoh bakal dilantik memegang GLC kalau pakatan itu menang kelak. Percakapan seperti itu tidak membawa kebaikan sebaliknya memberi keburukkan. Semua pemimpin dan orang dalam Pas, PKR dan DAP tidak perlu mengira atau menamakan sesiapa untuk memegang jawatan itu dan jawatan ini.

Apa yang lebih afdal dan diutamakan ialah kemenangan. Yang perlu difikir dan menjadi fokus ialah kemenangan. Cuba berfikir macam mana untuk memastikan pakatan itu menang bukannya terlebih dahulu mengisi kemenangan dengan menlantik orang itu dan orang ini.

Tidak ada guna menamakan orang itu dan orang ini kalau kemenangan masih kabur. Yang akan boleh membawa kepada perkiraan untuk memilih siapa ialah kemenangan. Bercakap untuk melantik orang itu dan orang ini samalah seperti petani yang bercadang untuk memelihara lembu yang belum dibelinya, sudah berkhayal sama ada lembu itu hendak simpan dalam kandang, di kondo ataupun diletak dalam lori. Perbuatan itu sia-sia saja.

Bahkan dengan bercakap mengenai jawatan dan kedudukan ia boleh menyebabkan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri sebelum sampai ke pertengahan jalan. Anda semua kini dalam mengatur langkah menuju ke Putrajaya. Walaupun untuk menghilangkan rasa katup dan menghamba keletihan dalam perjalanan itu dengan berangan-angan begitu, tetapi ia tidak berapa bagus. Kalaulah ada dua tiga ahli dan penyokong bengong akan bergaduh sesama sendiri. Kalau untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan itu carilah cerita lain yang lebih selamat.

Ahli Pas yang bengong sudah tentu mahukan Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri, begitu juga dengan ahli PKR yang bebal tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Kedua ada hujah masing-masing. Yang mahukan Abdul Hadi mendakwa kekuatan Pakatan Rakyat disebabkan Pas, manakala di pihak PKR pula akan mendakwa kekuatan PR kerana Anwar.

Itu tidak termasuk kalau-kalau ada yang tidak berapa sihat dalam DAP akan berpendapat jawatan PM patut diberikan kepada DAP kerana kemenangan PR itu disebabkan sokongan Cina.  Apakah kalau ketiga-tiga tokoh parti dalam Pakatan itu termakan pula dengan dakwa dakwi itu, haru jadinya.

Jadi sebaik-baiknya semua pihak jangan bercakap dulu fasal ini. Kalau pun masing-masing ada calon masing-masing diamkan saja. Biarlah keadaan selepas kemenangan nanti akan menentukan. Semua pihak perlu menerima fitrah politik itu penuh dengan serba mungkin. Selebihnya siapa bakal memegang jawatan apa kena serahkan kepada Allah s.w.t. Kita hanya merancang mengikut kadar akal fikir kita tetapi yang menentunya nanti adalah Tuhan kita. Hakikat inikita semua kena terima dengan penuh redha.

Manalah tahu tiba-tiba orang lain suku sakat yang akan menjadi PM nanti bukan Anwar atau Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang. Siapa tahu? Semua boleh jadi dan serba mungkin.

Secara peribadi saya cukup bimbang cakap-cakap atau angan-angan orang Pakatan Rakyat itu akan menjadi seperti Mat Jenin yang jatuh dan mati dari pokok kelapa sebelum berbuat apa-apa, hatta membeli kambing yang kemudian didagangkan sehingga dia membayangkan akan berkahwin dengan anak raja. Elaklah jadi macam Mat Jenin.- merahtinta

PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi

 PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.
 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersa
ma.


Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.


Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid


Siapa Azmin untuk tentukan jawatan Khalid

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menegaskan bahawa pelantikan Menteri Besar ialah bidang kuasa mutlak Sultan Selangor.
PETALING JAYA: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.
Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Azmin sebagai berkata,  Selangor bakal kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Mengikut laporan itu, Khalid akan diberi jawatan menteri.
Menurut Azmin yang juga ialah Timbalan Presiden PKR kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Selain itu keupayaan dan kejayaan Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka, kata Azmin yang juga adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.
Sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor, Azmin pernah disebut-sebut layak menjadi Menteri Besar.
Kuasa sultan
Kenyataan baru Azmin ini boleh mencetuskan perdebatan baru di antara  kumpulan penyokong Azmin dan Khalid seperti yang berlaku sebelum ini.
Faekah menambah bahawa kenyataan Azmin merupakan pandangan peribadi beliau tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Saya dapat komen bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bahawa siapa jadi Menteri Besar, Perdana Menteri dan Menteri tidak dibincangkan,” kata Faekah.
Beliau turut menegaskan bahawa kuasa melantik Menteri Besar terletak di tangan Sultan Selangor.
“Menurut undang-undang tubuh negeri, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar Selangor
“Walaupun Pakatan mempunyai calon (setelah menang pilihan raya umum), kena rujuk sultan,” kata Faekah-FMT
.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...