05 Oktober 2012

Panas ! Sapa Nak Projek Bekal Tangki 1M..Jumpa Zahida..???



Sapa dapat tender membekal tangki nie tentu kaya...kalau nak projek kena kautim dengan Zahida Rafik...cepat-cepat untung belambak....?


Sebuah Tangki Air 1Malaysia harganya RM2500?? .. harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah.. "BAJET" menguntungkan Kroni...

Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

“Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah.


Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,” Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik
.

-Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...