04 Oktober 2012

KANTOI! Bukti Ali Rustam Salahguna Kuasa Untuk Majlis Kahwin Anaknya!



Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!

Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]

Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.

Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.


Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.

Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.

Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.

Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. -
JALAN PULANG


Berita  Baru Masuk........Maklumat dan kenyataan semakin celaru ?

Ali Rustam dakwa kos perkahwinan mewah anaknya hanya bernilai RM600,000


    Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu.
Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang.
Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, “mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung.
“Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham.”
Sementara itu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka mempersoalkan dakwaan pegawai khas ketua menteri (KM)  Melaka itu, Datuk M S Mahadevan bahawa perkahwinan anak lelaki anak Mohd Ali ditaja.
Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka itu diperolehi secara percuma.
“Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
“Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya,” kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew meminta Mohd Ali supaya mendedahkan secara terperinci pihak-pihak yang memberi tajaan majlis perkahwinan anak beliau.
“Ketua Menteri perlu mendedahkan siapa yang memberikan tajaan kepada perkahwinan anak beliau.
“Beliau harus telus, kita juga mahu tahu mengapa mereka menaja perkahwinan anak Mohd Ali,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Adun Kota Laksamana itu turut mengatakan Mohd Ali (gambar) kini lebih popular dariapada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkahwinan anaknya dihadiri seramai 130,000 orang.
“Rumah terbuka perdana menteri hanya  100,000 orang datang.
“Rumah ketua menteri 130,000 orang datang, maknanya ketua menteri lebih popular daripada Najib,” katanya.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Asyraf Mukhlis Minghat pula mempertikaikan tentang penggunaan harta kerajaan dari majlis kerajaan tempatan oleh Mohd Ali dalam majlis perkahwinan anaknya
“Kita dapat maklumat dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, peralatan logistik seperti khemah, kerusi dan banyak lagi diambil dari kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
“Ini adalah satu kesalahan kerana menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi,” katanya.
Tinjauan The Malaysian Insider di laman sosial Facebook dan Twitter juga mendapati isu majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang memecahkan rekod Malaysian Book of Record kerana dihadiri oleh lebih 130,000 orang juga menjadi bahan kutukan rata-rata penyokong dan simpatisan PR.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Abu Nawas tidak dapat menyembunyikan kemarahannya tentang isu perkahwinan anak Mohd Ali dengan mengatakan,”Seramai 130 ribu yang hadir ke majlis perkahwinan anak ketua Menteri Melaka berapa ramaikah yang makan di meja VVIP, berapa ramaikah yang makan di meja VIP dan berapa ramaikah pula yang makan di meja anjing dan kucing dengan menggunakan pingan polyform? Harap2 semua 130 ribu tetamu yang hadir di layan sama rata tak kira yg miskin atau yang kaya yang ternama atau tidak bernama. Harap tidak tidak ada orang miskin yang hadir makan menggunakan pinggan pinggan anjing dan kucing.”
“TERDEDAH: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) digunakan untuk menaja perkahwinan anak Ketua Menteri, Ali Rustam yang memakan belanja jutaan ringgit. Duit rakyat diseleweng untuk kegunaan majlis peribadi pemimpin Umno!” tulis Zunar Kartunis di Facebook.
Di laman Twitter pula pengguna yang menggunakan akaun @safibnrahman menulis, “Majlis perkahwinan anak Ali Rustam di anggarkan RM3 juta. Ingat kawan-kawan. Ini hasil menabung. Jom menabung. Ptuih!”
“KHAMIS 4 OKT 11am SPRM Melaka-Pimpinan Pakatan Rakyat Melaka diketuai SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka aduan siasat ‘majlis’ Ali Rustam,” tulis @rozanazen


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...