06 Oktober 2012

Panas ! Kegairahan Pimimpin PR Menguasai Kedudukan Jadi Penghalang Ke Putrajaya


Syed Husin minta pemimpin Pakatan lebih hati-hati beri kenyataan kepada wartawan

  
 Mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menasihati para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kepada wartawan bagi mengelak pergeseran seperti yang berlaku antara naib presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Kontroversi bermula apabila laporan akhbar Sinar Harian membuat laporan mengatakan Azmin membayangkan Selangor bakal mendapat menteri besar baru yang kemudiaannya mengundang campur tangan Mustafa yang mengatakan isu tersebut tidak pernah dibincangkan dikalangan parti PR.
"Pemimpin Pakatan perlu berwaspada terutamanya apabila bercakap dengan media.
"Saya lihat perkara ini semakin menjadi-jadi, walaupun isu itu kecil ia mampu mewujudkan persepsi buruk nanti," kata Syed Husin (gambar) semasa ditemui The Malaysian Insiderpada pelancaran buku memoirnya berjudul "Memoirs of Political Struggle".
Syed Husin juga menggulas tentang persediaan PR untuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan menyatakan keyakinan PR mampu kekal memerintah negeri tersebut.
"Jika prestasi semasa dikekalkan, saya rasa Selangor akan kekal milik PR.
"Cuma masalahnya sekarang ialah masih banyak isu daftar pemilih yang diragui belum lagi diselesaikan oleh SPR," tambah Syed Husin.
Mengenai cabaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya PR menubuhkan kabinet bayangan, Syed Husin berkata tindakan tersebut adalah petunjuk bahawa Umno sudah tiada modal hinggakan terpaksa isu remeh-temeh untuk menyerang PR.
"Gesaan tersebut adalah sangat remeh berbanding dengan langkah PR yang mahukan sebuah pentadbiran yang telus dan menghapuskan rasuah," kata Syed Husin membidas gesaan Najib.
Dalam laporan media lalu, Najib telah bertindak mencabar PR untuk menubuhkan kabinet bayangan yang masih belum ditunaikan.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?" kata Najib

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...