30 September 2012

Panas ! Ada Lagi...Minah ni..ingat Dok di London..???


Azalina: Himpunan Hijau Lestari topeng pembangkang capai objektif politik


Ada lagi YB Azalina dah lama tak muncul selepas tidak dilantik ke kabenit Najib, mungkin
 kepanasan dengan isu penduduk tidak puas hati beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan
media hari ini. Dan sudah menjadi kebiasaan kepada YB Umno/BN mempunyai kepentingan
 secara terus setiap projek di Kawasan Parlimen mereka. 

  Di sebalik bantahan dan demonstrasi di Dataran Sungai Rengit anjuran Himpunan Hijau Lestari, di sini hari ini, ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman melihat ia hanyalah “topeng” pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menggunakan badan bukan kerajaan untuk mencapai objektif politik mereka.
Azalina juga turut meyuarakan keyakinan rakyat Johor, dan Pengerang khususnya, tidak begitu daif untuk menilai rasionalnya isu Pengerang ini untuk menggoncang kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor.
“Ia strategi pembangkang, tapi mereka gunakan topeng organisasi bukan kerajaan untuk mencapai objektif politik pembangkang.
“Saya tidak akan bawa isu pembangkang, lebih baik saya bawa isu BN,” katanya.
Organisasi bukan kerajaan Pengerang, sebelum ini, berkata yang mereka telah cuba untuk mendapatkan bantuan daripada Azalina bagi membantu mereka berhubung projek pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60 bilion.
Azalina, bagaimanapun, menafikan perkara itu, malah beliau menegaskan isu yang dibawa NGO itu adalah ideologi pembangkang.
“Bila mereka jumpa saya? Saya selalu cuba selesaikan isu yang di bawa organisasi bukan kerajaan. Untuk di Pengerang ini, mereka ada tiga pilihan, kerajaan tak memaksa.
“Banyak organisasi bukan kerajaan  bawa ideologi pembangkang... kalau betul Himpunan Hijau ingin memperjuangkan alam sekitar, kenapa semasa tumpahan minyak di Pengerang yang melibatkan hampir 700 nelayan tiada pemimpin mereka yang turun padang?” bidasnya.
Jelas Azalina lagi, perhimpunan hari ini juga digerakkan pembangkang dengan harapan untuk menjadikan RAPID sebagai Lynas kedua.






“Perhimpunan itu digerakkan pembangkang dengan harapan ingin menjadikan RAPID sebagai Lynas kedua.
“Mereka cuba gunakan sentimen ini untuk mewujudkan pandangan negatif negara luar terhadap Malaysia,” tegasnya.
Malah, Azalina juga turut menggesa ketiga-tiga parti komponen PR untuk menyatakan pendirian mereka berhubung isu RAPID ini.

“Isu RAPID ini saya yakin mereka akan gunakan sebagai senjata menjelang pilihan raya umum ke-13. Apa pendirian mereka dalam isu ini?
“Selepas pilihan raya, ia akan senyap,” katanya .

BERITA HIMPUNAN PAGI TADI  DISINI

Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...