30 September 2012

Panas ! Pengerang Hangatkan Pengundi Johor


Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang

(Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang)
      Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini. Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.
Himpunan yang turut disokong PAS dan PR  itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.

 Kampung Sungai Rengit yang sunyi sepi sebelum ini bergegar apabila peserta demonstrasi melaungkan slogan dan tiupan “hon angin” mereka dengan berpakaian hijau untuk menentang projek petrokimia bernilai RM60 bilion itu yang bakal menyaksikan ribuan orang kampung kehilangan tempat tinggal dan kehidupan.

Perhimpunan raksasa Himpunan Hijau Pengerang bermula awal sedikit daripada jadual dengan aman kerana terdapat kebimbangan akan sekatan polis untuk menghalang ke tempat perhimpunan.
Dengan kehadiran pihak polis yang turut memantau dari udara menggunakan helikopter.
Turut kelihatan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, termasuk jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat dan Hishammuddin Rais, yang merupakan juruacara demonstrasi hari ini.
Hishammuddin turut dilihat menceriakan peserta protes dengan mengajar mereka menyanyikan lagu “Suara Rakyat” termasuk lagu “Oh my darling Clementine”.
Baner dan plakad mengecam projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang menyaksikan pemindahan lebih 3,000 penduduk Pengerang dari tujuh kampung kecuali Kampung Sungai Rengit, petempatan majoriti masyarakat Cina di sini yang buat masa ini terkecuali daripada rancangan pembangunan tersebut.
Menurut penganjur, kawasan itu tidak diambil kerana nilai komersial tanah di Kampung Sungai Rengit yang tinggi.
Namun begitu, ketua pengerang PKR Taufik Jahir mendakwa objektif mereka adalah untuk “mengusir penduduk kampung dari rumah mereka” kerana Kampung Sungai Rengit akan menjadi pulau yang dikelilingi Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
RAPID akan meliputi  6,424 ekar PIPC yang keseluruhan nya seluas 22,500 ekar, yang menjadi rumah kepada 28,000 pengundi di Pengerang.
PIPC adalah projek mega bernilai RM170 billion yang bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab petrokimia terbesar di Asia Pasifik.
“Sebaik sahaja kawasan ini menjadi pulau, nilai hartanah di Kampung Sungai Rengit akan jatuh dan penduduk akan terpaksa berpindah,” kata Taufik 

Wakil penduduk kampung yang dihubungi  bagaimanapun melihat demonstrasi berkenaan bukanlah tindakan untuk “menghentam” kerajaan, sebaliknya sekadar menyuarakan permohonan supaya kerajaan membantu mereka.
“Bagi saya ia bukan kita menentang kerajaan, kita minta kerajaan bantu,” kata pesara guru besar Kasran Dollah.
“Orang Melayu mulanya setuju, tapi bila harga jatuh kepada RM2.80 mereka jadi tak puas hati.
“Itu harga nak bunuh orang Melayu,” tegasnya yang sudah 30 tahun menetap di Kampung Sungai Kapal.
Kalau nak ambil dengan harga baik, kita terima... kalau puas hati kita jual,” katanya lagi.
Dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 peserta, perhimpunan ini bakal menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.
Zaaba berkata projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah.
Menggunakan tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR).
“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang, tapi perairan di Johor.
“Sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya
Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan. Mereka hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,” katanya lagi.
Justeru itu, Zaaba menegaskan, isu pokok di Pengerang adalah penduduk tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu.
“Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi harga.
“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95 hingga RM100 sekaki persegi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Blog ni je kate 15-20k yg hadir, tp byk blog len anggar 3k je..agk2 la menipu wahai si blogger oii..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...