11 September 2011

SAMM Terjah Utusan !!

SAMM tampal salinan laporan SPRM dan salinan 'penipuan' Utusan Malaysia dalam isu cincin !

Utusan telah menyiarkan berita mencabar che'GuBard membuat laporan SPRM dalam isu cincin berlian nilai RM24.45 juta yang dikaitakn Rosmah Mansor yang telah didedahkan SAMM sejak 8 Julai lepas. Namun selepas 'fitnah' 1 syawal tersebut satu email telah dihantar minta Utusan betulkan fakta namun tidak diendahkan. Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim Najib Razak.

Respon dari itu beberapa aktivis SAMM di Negeri Sembilan telah membuat aksi menampal keratan fitnah Utusan Malaysia dan salinan laporan SPRM di pintu pejabat Utusan Malaysia di Seremban.

Selepas melakukan aksi menampal Saufi Mi'ad, selaku Penyelaras SAMM N.Sembilan menyatakan depan wartawan "tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri"

"Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat" tambah beliau lagi depan wartawan sebelum beredar dari pejabat Utusan.

Ketika mereka menampal dan bercakap dengan wartawan tiada kakitangan yang keluar cuma mengintai-intai dari balik cermin gelap tetapi beberapa orang menyerbu dan mengambil gambar sebaik sahaja aktivis-aktivis SPRM meninggalkan pejabat tersebut.

Aksi yang sama turut di lakukan pada 7 September lepas oleh aktivis-aktivis SAMM Pulau Pinang yang diketuaki oleh sdr. Aidil dan turut serta Ketua AMK P.Pinang, Sdr. Amir Ghazali

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...