13 September 2011

MASIHKAH ANDA INGAT `CORRECT...CORRECT ' VIDEO LINGAM TULIN

Video Lingam: Perakuan tak perlu semakan semula

Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan bahawa tidak perlu dibuat semakan semula terhadap hasil penemuan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video kontroversi melibatkan peguam Datuk VK Lingam yang didakwa cuba campur tangan dalam pelantikan hakim.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Presiden Mahkamah Rayuan yang baru, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya yang baru, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong yang membuat keputusan sebulat suara itu, mendapati bahawa Suruhanjaya Diraja itu sekadar membuat penemuan dan perakuan dan bukannya satu keputusan selepas mendengar keterangan ketika menyiasat klip video peguam berkenaan yang didakwa cuba menggunakan pengaruhnya dalam pelantikan hakim.

Hakim Md Raus, yang membacakan keputusan mahkamah itu, berkata bahawa kedudukan Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, tidak

terjejas teruk akibat daripada penemuan suruhanjaya itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Diraja itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara berkenaan, membuat rayuan bagi mencabar keputusan suruhanjaya itu.

Suruhanjaya terdiri lima anggota itu, dalam laporannya, memperakukan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu terdiri Lingam (kiri), Eusoff, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.

Laporan itu menyebut bahawa terdapat keterangan prima facie bagi menyiasat mereka ini berhubung kesalahan mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Guaman.

Suruhanjaya itu mendapati bahawa klip video berkenaan adalah tulen dan Lingam merupakan orang yang dilihat sedang bercakap (melalui telefon) dengan Ahmad Fairuz.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...