Rupa-rupanya UMNO Kedah masih dalam 'down sindrom' kekalahan mereka PRU12 menjadi serba tidak kena. Sindrom utama mereka masih tidak sedar mereka telah tidak diterima mejoriti rakyat Kedah maka mereka terutama pemimpin peringkat Bahagian masih tidak mahu berubah, banyak bahagian yang masih celaru iaitu berpuak-puak. Tanpa perubahan sikap,berpuak,adu domba, cantas mencantas mereka dengan sendiri tidak sedar dari Sindrom tersebut dan segala perancangan parti untuk menarik sokongan rakyat tidak akan meninggkat.
Dari perbualan saya dengan bakal calon satu DUN masalah utama di kedah ketidak mampuan Pengerusi perhubungan negeri memacu bahagian-bahagian dengan berkesan tambahan dengan gagalnya mereka membawa isu-isu yang relevan terutama ekonomi. Sepatutnya mereka menangani masalah isu kenaikan barangan harian dan makanan.
Dalam keadaan sekarang mereka boleh tumpukan bantuan setempat seperti membantu rakyat mengujudkan pekebun-pekebun sayur,menyelesaikan masalah kekurangan kelapa juga masalah bantuan kepada peneroka perikanan kolam dan sangkar supaya mengujudkan peluang kerja baru dan dapat menstabilkan harga. Banyak lagi kerja-kerja yang berfaedah dan dilihat oleh pengundi atas pagar umno telah berubah. Paling utama UMNO perlu kepimpinan muka-muka baru yang lebih terkedepan dalam membantu rakyat juga menjauhkan politik murahan dan remeh.
untuk baca klik gambar -berita berkaitan
Berita dari blog pro-umno:
100 Hari Selepas PRU12 Lagi PAS Sudah Gagal Di Kedah. UMNO Tak Sedar!
Sejak Kedah dikuasai PAS pada 2008, boleh dikatakan pengaruh PAS terhadap negeri ini masih boleh diandaikan sebanyak 20% sahaja yang berani bangkit menyokong dasar PAS berbanding 80% lagi rakyat lebih kepada menjadi pemerhati dan berdiam diri untuk segala bentuk isu yang berbangkit.
Namun dalam perjalanan politik dalaman UMNO termasuklah merangka strategi dan perancangan bagi menguatkan UMNO dilihat sedang mengalami perubahan yang boleh dikira 50:50 iaitu UMNO kembali kuat atau UMNO terus terkubur.
Sejak 3 tahun ini, dilihat beberapa pemikir atau perangka strategi percaturan politik kononnya untuk menguatkan UMNO dan mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO mungkin boleh dilihat salah satu daya usaha yang tidak berapa sihat.
Terdapatnya beberapa banyak percubaan serta perlaksanaan menguatkan UMNO dengan cara membuka pintu dan memberi peluang secara besar-besaran melalui satu pembudayaan baharu iaitu memberi peluang bukan UMNO tulen memperjuangkan UMNO.
Contohnya, Perhimpunan di Dewan Wawasan pada 10 September 2011 yang baru berlangsung tidak beberapa hari lagi di mana ianya dikhabarkan dihadiri oleh 5000 orang. Terdapat perkhabaran bahawa ramainya yang hadir itu adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan, pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.
Yang terlintas di fikiran adalah adakah UMNO ini begitu terdesak sehingga untuk melakukan sebarang program perlu dibuat secara paksa rela?
Terdapat juga banyak rungutan bagaimana UMNO dilihat begitu terdesak mempergunakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan bagi membantu memulihkan sokongan atas sebab kekalahan UMNO dalam mempertahankan Kedah.
Sayangnya usaha-usaha UMNO ini boleh diandaikan berjaya mengikut apa yang dirancang dengan peratusannya hanyalah 40%.
Kegagalan UMNO ini berpunca daripada strategi menyusun perancangan mengembalikan sokongan rakyat melalui pelaksana-pelaksana adalah bukan UMNO atau kata lain adalah ahli pembangkang yang identiti mereka terang-terangan, samar-samaran dan juga sembunyi-sembunyian.
Inilah salah satu kesan utama yang boleh negeri-negeri dalam Malaysia ini untuk diambil ikhtibar jika UMNO gagal dipertahankan.
Pergantungan sepenuhnya kepada agensi-agensi Kerajaan Pusat boleh men'caca merbakan' UMNO disebabkan faktor bukan semua yang bekerja dengan Kerajaan adalah penyokong Kerajaan dan bukan semua pegawai-pegawai tinggi yang dilantik adalah benar-benar faham bagaimana membantu UMNO secara berkesan.
Sekiranya PAS hanya 3 tahun berjaya menawan Kedah tetapi apa yang mereka dapat sepanjang 3 tahun ini sudah cukup menguatkan PAS untuk masa-masa hadapan.
Kita tidak bercakap dari segi pembabitan agensi-agensi Kerajaan sahaja malahan dari segi penarikan hadirin yang hadir. Apakah UMNO sudah hilang magis?
Bersangka baiklah terhadap apa yang sedang UMNO di Kedah sedang usahakan. Mungkin jika yang menjauhi UMNO ini perlu diberi peluang untuk sama-sama merasai bebanan kepentingan mengajak rakyat kembali menyokong Kerajaan Pusat maka akan timbul rasa bangga berbakti dan lama-lama mereka akan sayangkan UMNO dan seterusnya mereka akan bersama-sama mengekalkan UMNO.
Mungkin itu yang cuba diserapkan. Tetapi adakah ianya benar-benar seperti yang kita sangka?
Firasat hamba yang bukanlah pemikir hebat ingin memberikan sedikit pandangan. Yang betul-betul akan pertahankan UMNO berada di mana-mana sahaja. Di ceruk-ceruk kampung, di taman-taman serta di bandar-bandar. Mereka ini memerhati dari jauh. UMNO masih kuat tetapi para pemimpinnya lebih takut pada bayang-bayang sendiri daripada sedar bahawa UMNO sebenarnya tidak perlu begitu terdesak untuk meraih sokongan.
UMNO di Kedah boleh menang tetapi dengan syarat sebahagian besar pemimpin sedia ada serta perancang-perancang strategi untuk menguatkan UMNO selama 3 tahun ini perlu digugurkan.
Jawapan mudah dalam menentukan Kedah menang adalah calon. Masih ingin kekalkan lagikah pemimpin-pemimpin di semua peringkat yang tumpul dan terbantut usaha kerana tak tahu nak buat apa sebab UMNO kalah sepanjang 3 tahun ini?
Dan agensi-agensi Persekutuan hanyalah lebih berperanan sebagai bank berbanding dengan fungsi utamanya menyedarkan mengapa BN masih diperlukan.
Hentikanlah dari mempertaruhkan UMNO di tangan perancang-perancang yang masih tak mahu menerima hakikat bahawa UMNO diperjuangkan melalui kaedah atau strategi yang sama seperti 30 tahun dahulu.
Kereta bila terjatuh ke dalam lubang, untuk naik semula ke jalan, perlu ditolak, ditekan minyak dan dikawal stereng. Mustahil kereta itu masih ditekan minyak tanpa adanya apa-apa usaha untuk naik semula.
Hanya calon yang menjadi penentunya!
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/09/100-hari-selepas-pru12-lagi-pas-sudah.html#ixzz1XpParvWu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan