11 Ogos 2014

MB BEBAS DISOKONG OLEH ADUN PAS & BN JADI KERAJAAN UG TERBENTUK DI SELANGOR!!!

SEHINGGA 17HB OGOS ADUN-DUN PAS MASIH MENYOKONG TSKI......

HARI INI BN MENYOKONG PENUH ADUN-ADUNNYA MENYOKONG TSKI.....

PKR & DAP TERPERANGKAP.....UG BERJAYA AKHIRNYA.....??? 


Situasi ‘The Enemy Of My Enemy Is My Friend’ Di Selangor



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari Barisan Nasional di Selangor kesemuanya menyokong Menteri Besar tanpa sebarang syarat.

Dengan kenyataan itu, dilihat telah wujud kerjasama tidak langsung antara parti PAS dan UMNO dalam usaha menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat serta ikhlas,” katanya.

Tindakan Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengeluarkan kenyataan media berhubung kedudukan Khalid hanya melibatkan PKR dan DAP tanpa PAS petang ini juga memperlihatkan PAS disisihkan dari PR di Selangor.

Langkah terbaik kini adalah untuk PAS terus bersama Khalid dan BN juga memberikan sokongan padu kepada beliau.

Ini secara tidak langsung mewujudkan suasana The enemy of my enemy is my friend (musuh kepada musuh adalah rakan saya) di negeri berkenaan.

Situasi itu terguna pakai untuk PAS, BN dan Khalid secara serentak.

PAS perlu melihat kepada BN sebagai sahabat dan BN juga sebaliknya dan Khalid juga harus melihat BN sebagai sahabat ketika ini.

Perkara itu jelas akan membuntukan lagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menempatkan ADUN Kajang iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Misi itu diburukkan lagi kerana Abdul Khalid kini bukan lagi Ahli PKR dan Anwar sudah pasti tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang arahan kepada beliau dalam soal kedudukan berkenaan.

Abdul Khalid pula mendapat sokongan jelas daripada 15 orang ADUN PAS dan juga 12 orang ADUN BN menjadi kerjasama tidak langsung ini kepada 28 sokongan kesemuanya bagi Abdul Khalid.

Selain itu, empat orang Exco Negeri dari PAS tetap komited untuk terus bekerjasama dengan Abdul Khalid dalam mentadbir negeri Selangor.


Jumlah empat orang itu sudah mencukupi bagi korum untuk diadakan Mesyuarat Exco dan Abdul Khalid boleh terus bertugas sebagai Menteri Besar.

Krisis politik di Selangor memperlihatkan ia mungkin akan selesai dan stabil semula dalam tempoh lebih lama tetapi ia menunjukkan kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO akan berlaku tidak lama lagi.

Selain itu, perkembangan terbaru di Selangor mencipta sejarah baru apabila Abdul Khalid menjadi satu-satunya Menteri Besar yang mendapat perkenaan Sultan untuk meneruskan tugas dengan status ADUN bebas tanpa parti.

Ia adalah kerana pada Sabtu lepas, Lembaga Disiplin PKR telah bertindak memecat Abdul Khalid daripada menjadi ahli parti kerana ingkar arahan supaya berundur. – MYNEWSHUB.MY


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kita tahu siapa lawan siapa kawan

Tanpa Nama berkata...

Ingat ahli PAS apa UMNO dah buat setiap kali bila terkepit. Belajarlah dari kesilapan .Siapa Kawan siapa Lawan

Tanpa Nama berkata...

Pas parti yg paling tak boleh dipercayai.suka main belakang..sanggup pulak aniaya kawan..ingat pesan arwah tn guru fadhil noor...musuh klu dtg berkawan,tentu ada muslihatnya...hadi awang,nassa,hassan etc bukan pemimpin sejati

Ridd berkata...

Menyampah aku dgn Kerajaan Selangor PR. Bertekak tak habis.....yg nak dipaksa berhenti pun KERAS....

YG dalam PR perangai semuanya pun KERAS....

Yang Pas KERAS

Yang Dap KERAS

Yang Keadilan KERAS

Yang BN lagi lah KERAS....

Memang betul...pepatah orang2 tua sebelum aku berkata....Politik sekarang politik pengotor dan jijik tak kiranlah dari parti mana semua ada PENGERAS tak macam dulu, semua yg masuk politik zaman sekarang ada agenda periuk belanga.

Rakyat pemangkin Ekonomi
Pemimpin penyedut untuk anak bini
Rakyat bersuara
Pemimpin sedap jamu selera
Rakyat bertindak tegas
Pemimpin sebenarnya KERAS.

HARAM JADAH PEMIMPIN SEKARANG NI.

RAKYAT SEMUA TETAP JADI HAMBA REMBATAN UNTUK BAYAR HASIL KERJA KERAS PEMIMPIN POLITIK NEGARA.

Memang HRAM.......HARAM JADAH...!

Tanpa Nama berkata...

PAS ni memang bodoh...dulu kini dan selamanya. Bunuh diri PAS nie.

Tanpa Nama berkata...

pas gila kuasa pas tak kuat mana hnya bgtg pd undi cina n india d slangor kedah n ng2 lain
d luar bandar pas hnya melalak kuat tp tk dpt smbutan dp org2 mlyu ramai calon2nya klah bru2 ini

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat hang...sabo la ridd.
Lagu tu la politik.
Nak tau kita bagus or tak ceburlah diri dgnnya.
Dari luar memang senang kita brok brekkk.
Aku pun mcm hang..bkn player..tp menaruh harapan.ceh zaiton sameon plak dah.aku jgak terkesan dgn semua neh.agaknya apa yg kita buat kalo berada ditempat mereka dlm suasana neh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...