14 Ogos 2014

TINDAKAN SHAARI SUNGIP & HASNOL DEMI SELAMATKAN PR



Adun PAS sokong Wan Azizah jadi MB Selangor sedia dipecat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib bersedia dipecat PAS kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan tetapi menegaskan prospek menjadi Adun bebas tidak akan mengubah keputusannya.

Adun dua penggal itu mengatakan beliau membuat keputusan menyokong Dr Wan Azizah untuk memastikan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya percaya pendirian saya tidak bercanggah dengan polisi PAS kerana parti saya sudah menyatakan untuk bersama Pakatan," katanya kepada pemberita selepas 30 Adun menyatakan hilang keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar di Hotel Empire di Subang Jaya hari ini.

Saari dan rakannya Adun Morib Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun daripada PAS yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Wan Azizah walaupun jawatankuasa pusat parti Islam tersebut hanya akan bermesyuarat untuk menyelesaikan krisis di Selangor pada Ahad ini.

Menurut Saari, beliau akan kekal dengan keputusannya walaupun PAS mendesaknya berubah fikiran.

"Keutamaan saya sekarang adalah untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan di Selangor dan pendirian saya tidak bercanggah dengan pendirian parti," katanya.

Dalam menjelaskan keputusannya, Saari mengatakan mesyuarat PAS masih terlalu lama untuk berlangsung sedangkan Khalid melakukan pelbagai tindakan.

Sementara Hasnul bersetuju dengan alasan Saari untuk menyokong Dr Wan Azizah dan mengatakan Khalid perlu berundur. Beliau yakin penyokong akar umbi PAS bersetuju dengan tindakannya.

"Saya rasa pimpinan PAS harus memikirkan semula ini. Saya masih setia kepada PAS," katanya. -TMI 


ADUN keluar parti jika PAS terus sokong MB

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya. 
-mk



Ahli PAS diminta jangan belakangi parti

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

Beliau juga meminta supaya semua ahli dapat bersabar menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Ahad ini.

"PAS mengingatkan ahli parti mematuhi keputusan parti dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi keputusan jemaah.

"Parti akan mengadakan mesyuarat pada 17 haribulan nanti. Harap semua bersabar," kata Tuan Ibrahim (kiri) melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini.

Menurut dua ADUN PAS tersebut, mereka memberi sokongan kepada Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga bersetuju seratus peratus supaya Khalid kekal memimpin Selangor.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah. 
-mk

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mudah je perumpaan dia. kalau ayah larang kat anak jangan buat sesuatu perkara tapi anak degil jugak dikira anak derhaka la.

pandai pulak cakap semangat setiakawan la apa la. bila nak buat pakat dengan orang sebelah sana tak bincang pun terus paksa. buat langkah kajang pun tak bincang terus suruh paksa. lama2 orang pun dah naik muak. nampak sangt gila kuasa...

anak muda tetap sokong pas

Tanpa Nama berkata...

Selamatkn pr?g mampusla 2 ekor yb nie..x luak pn..

Tanpa Nama berkata...

Bravo..tabik hormat YB Saari n YB Hasnol..!!
Jgn trus wala membabi buta tanpa usul periksa.
Sekiranya Pas singkir anda brdua...anda tidak akan dihina oleh rakyat.
Sebaliknya pengorbanan Pas pd khalid...buat Pas hilang sokongan rakyat berbilang bangsa.

Tanpa Nama berkata...

aku pun sokong PAS secara tak langsung PAS tapi yg atas ni komen tak mencerminkan akhlak PAS pun.cam naharom ada la

Tanpa Nama berkata...

kalau tak mencarut boleh tak? nak bahas spai pg pun ikut la tp gunalah bahasa elok sikit..malu kat budak2 ja..nak tanya pendapat semua satu senario...seorang bapa suruh anaknya taat(wala') kepada beliau tapi beliau sendiri menyokong sungguh2 seorang anak yg tak taat kepada kepada bapanya..tolong ulas sikit..tq

Mohd Ali Harun berkata...

Dr temuramah saya dapati yb membuat keputusan berdasarkan keadaan semasa. Kita tidak tahu apakah perancangan musuh.

Kalau kita amati pimpinan PAS masih lg berlindung dgn klausa kita akan memantapkan PR. Jd tindakan dua yb ini tepat pd masa nya. Kita serahkan pd Allah swt sebaik2 perancang.

Tanpa Nama berkata...

Anak muda tak sokong dah pas tinggal din ayam je

Tanpa Nama berkata...

Nak tunggu mesyuarat 17hb,alamatnya Selangor akan jadi macam Kedah.lambat bertindak!Syabas Adun PAS, demi menyelamatkan maruah PAS yang menggunakan islam,tapi cuba untuk menghancurkan harapan dan amanah rakyat.kalu macam ni,islam PAS,islam pura-pura.

Yuhaniza Yusoff berkata...

ustaz muhammad fawwaz bg ceramah.. sabda Nabu Muhammad SAW..tidakkan berjaya sesuatu puakselama2nya... jika ketuanya adalah perempuan... ini bkn rekaan . ini sabda Nabi.. sbb tu PAS tolak nenek jijah.. supaya digantikan oleh org lain.. atau kekalkan TSKI.. itu makdud TGHA sebenarnya..

Ridd berkata...

Relevan 17hb bagi Parti Pas tapi tidak pada pengundi PR. PAS tahu Khalid sudah dipecat dari PKR.
Kenapa masih memilih dan tunduk pada Khalid yg sudah tidak berparti. Parti Pas mempunyai 15 pemimpin yang menang pada PRU yang lalu atas gabungan PR. tidakkah perkara tersebut aneh dan memalukan

Undang2 tubuh kerajaan N. Selangor mesti beragama ISLAM dan berbangsa Melayu. Jika mandat MB Selangor sudah dijanjikan kepada PKR dan Pas secara umum tahu parti tersebut sedang bergolak. Pas sebagai rakan dalam PR wajib memilih salah seorang wakil Pas untuk memangku jawatan MB Selangor dan Pas seolah-olah biarkan saja ia berlaku. Pas mempunyai 15 wakil rakyat yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Tiada seorang kah dikalangan mereka ini yang layak ? Tidakkah perkara ini menjadi curiga dan sangsi pada rakyat yang memberi kepercayaan kepada gabungan PR untuk mentadbir N.Selangor. persoalannya sekarang adakah parti Pas tidak percaya pada wakil mereka sendiri di N.Selangor?

Kisah Khalid membuang 6 Exco kerajaan dan kenyataan beliau tentang kerajaan PR tidak wujud di N.Selangor. Kenapa pemimpin Pas mendiamkan diri dan tiada bantahan atau amaran di buat keatas Khalid. Permainan apa sebenarnya yang parti Pas sedang mainkan. kalau ingin bermain carilah permainan yang boleh diterima akal pada pengundi2 PR di N.Selangor.

Pengundi2 PR di N.Selangor menonton acara berpaling tadah yang dibuat oleh Pas. kalau Pas ramai pemimpinnya dari kalangan intelektual dalam alaf baru, tapi cara dan perangai tidak menampakkan seperti yang diuar-uarkan. jika sudah ada perancangan untuk keluar dari PR ini adalah masa yang terbaik untuk Pas keluar.

Punca mengapa pengundi PR rasa muak dan bosan pada Pas kerana :

1.PAS menyokong Khalid membuang 6 org Exco kerajaan

2. Memberi mandat kepada Khalid mentadbir N. Selangor sebagai MB.

3. Menyokong kenyataan Khalid menghina tentang kerajaan gabungan PR.

4. 4 orang Exco dari Pas memberi sokong penuh kepada Khalid tanpa rasa malu dimana mereka harus ingat kemenangan mereka dari sokongan pengundi2 PR. terutamanya pada Adun Pandan jangan lena dengan pangkat yang beliau pegang.(sebab 1 hari 1 pengundi PR akan hilang untuk Adun Pandan).

5.Pas telah hancurkan kepercayaan pada pengundi2 Pakatan Rakyat. ini adalah nyata.

Apa yang berlaku pada PKR sebenarnya ada kebaikannya dimana kita baru tahu sapa kawan dan siapa pembelit. Kepada Parti Pas kawan menyarankan persidang pada 17hb nanti buat keputusan untuk keluar dari PR dan meneruskan rancangan bersama UG itu adalah jalan terbaik. jikalau masih bersama PR ia akan menjadi rumit dan payah kerana pengundi2 PR tiada kepercayaan lagi pada parti tersebut dan ini akan menjadi kan perbalahan yang lebih teruk sekiranya masih bersama dengan PR.


Note :
Pada YB Saari Sungib dan YB HASNUL Adun Morib. kawan harap terus dengan pendirian YB. kawan amat berbangga dengan keputusan dan pendirian YB.
Terima kasih

mar berkata...

Nak selamatkan PR ke nak selamatkan ANuar. Shaari Sungip ni geng Anuar. Apa pun kita tunggu DUn bubar dan kita tengok kehancuran PKR. Bunga bunga dah nampak dah dalam ceramah PKR sekarang. PAS keluar je dari PAkatan yang penuh tipu muslihat ni.

mar berkata...

Selamatkan PR ke selamatkan anuar setelah anuar hampir KO dgn TSKI. Shaari Sungip ni orn Anuar. Entah macamana PAS boleh kutip orang yang takda prinsip ni.

Apa pun kita tunggu DUN bubar dan kita tengok macamana rakyat Selangor kuburkan PKR. Bunga bunga dah nampak dah dalam ceramah ceramah PKR. PAS berambus je dari Pakatan Dajal ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...