12 Ogos 2014

TERKINI ! KENYATAAN MEDIA KEDUDUKAN ANGGOTA-ANGGOTA EXCO SELANGOR DIBAWAH DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YAB TAN SRI DATO' SERI KHALID IBRAHIM .. SOKONG TERUS BERKHIDMAT TETAPI MELETAKKAN BEBERAPA SYARAT.



KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)


Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:

1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;

2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan

3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing

Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.

Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.

DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

12 Ogos 2014

2 ulasan:

ras abu berkata...

Kurang ajar punya syarat - kalau tak berjumpa dengan MB macamana nak buat kerja.

Pecat saja mereka dan lantik ADUN yang boleh bekerjasama denagn MB

Tanpa Nama berkata...

pecat org yek...org pecat kita pun masih nk berkuasa jgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...