13 Ogos 2014

PENJELASAN ISTANA SELANGOR MENGGENAI KEMELUT MB


Baginda Enggan Campuri Masalah Dalaman PKR – Istana Selangor



Keputusan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bukannya keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebaliknya ialah perkenana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri.

Mesyuarat berkenaan diadakan bukan untuk membincangkan isu Menteri Besar sebaliknya satu mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh baginda.

“Saya dititah oleh Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa baginda telah berkenaan untuk Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan bukannya keputusan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebagaimana yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan.

“Mesyuarat yang diadakan pada 11 Ogos 2014 (semalam) adalah merupakan mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,” demikian kata Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau berkata Abdul Khalid telah pun menghadap Sultan Sharafuddin bagi memaklumkan kepada baginda bahawa beliau sudah dipecat oleh Lembaga Disipilin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa perkara lagi berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum mesyuarat bermula.


“Sultan Selangor telah memaklumkan kepada mesyuarat mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Mohamad Munir Bani turut mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang ditandatangani oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahimkelmarin (Ahad) untuk memohon ruang masa menghadap baginda.

“Di sini juga, saya mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang telah ditandatangani oleh Anwar, yang memohon untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap Sultan Selangor untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR.

“Surat permohonan ini telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin dan baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenaan menerima menghadap Dr Wan Azizah untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Abdul Khalid telah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.


Menurut beliau, Sultan Sharafuddin berpendapat pemecatan Abdul Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangr dan Menteri Besar.

“Baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalaman PKR,” kata Mohamad Munir.

Kenyataan media itu sekaligus menjelaskan bahawa ia adalah kehendak baginda sendiri untuk mengekalkan Abdul Khalid dan bukannya keputusan mesyuarat.

Misi PKR untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar juga mungkin terbantut selepas baginda sendiri tidak berkenaan menerima permohonan menghadap yang dikemukakan oleh Anwar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...