12 Ogos 2014

SULTAN TIDAK PEKENAN WAN AZIZAH MENGADAP...APAKAH PUNCANYA?


Wan Azizah Wan Ismail


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

“”Surat itu bagi memohon Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR. Surat permohonan itu telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin.

“Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap banginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, baginda tidak mahu campur tangan dalam soal pemecatan Abdul Khalid dari PKR.

“Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Adun Menteri Besar Selangor.

“Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR,” katanya.

Dalam pada itu, Sultan Selangor turut memaklumkan bahawa baginda telah berkenan Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar, bukannya keputusan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebagaimana yang dilaporkan media.

“Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan pada 11 Ogos adalah mesyuarat berjadual yang telah diperkenan Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid.

“Abdul Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa beliau telah dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR dan beberapa perkara berkaitan kedudukan menteri besar sebelum sidang Mesyuarat Dewan Diraja,” katanya. ~SH

8 ulasan:

Ridd berkata...

Rakan2 Tuanku semuanya dari UMNO. faham2 aje lah. Tak berkenan takpa. Itu dah titah Sultan. Sebagai rakyat N.Selangor kita kena taat dan akur.

hazri abdullah berkata...

tak apa....kita tengok Sultan nak ikut berpolitik ala UMNO berapa lama?

Ridd berkata...

TAHNIAH Akhirnya cita2 mereka yg inginkan PR jatuh di N.Selangor tercapai.

Jika ini cara PAS memimpin, bangsa Cina Dan India akan hilang kepercayaan pada parti ini. Mereka beri kepercayaan atas dasar2 parti PAS. Hakikatnya hari ini PAS sudah memusnahkan kepercayaan itu.

PAS mencipta sejarah dalam politik negara ini sebagai sebuah parti politik yang tidak bertamadun walaupun dikalangan mereka ramai yang berpendidikan tinggi.

TAHNIAH BUAT PAS

PAS BADUT umno SELAMANYA.

TAHNIAH

Tanpa Nama berkata...

Jgn kata pas begitu..cuma puak minoriti dlm pas yg cuba mngambil kesempatan melepaskn geram dn dendam trhadap pkr..itu je..x lama lg settle isu ni..khalid, umno dn pihak istana akn trgamam melihat betapa bijaknya pemimpin pr selesaikn isu ni demi rakyat selangor dn seterusnya menawan putrajaya...

Tanpa Nama berkata...

Takde langsung rasa malu dlm diri PKR ni. YB paling sikit tp bwk mslh paling byk dlm kerajaan Selangor tp masih nk tuntut kerusi MB. Nak bg kat bini lak tu. Sejak PR12 geng2 PKR yg paling ramai jd katak. Kat semua negeri PR YB from PKR ni melompat. Itu pun ada hati nk ckp psl integriti. Jenis x sedar diuntung puak2 ni.

Tanpa Nama berkata...

Di perak macam tu le juge.....pas 5 kerusi je.....tapi DAP angkat Pas jadi MB.....lebai ooi. Kalau nak malu pun rasenya pasal lidah bercabang puak2 cite tinggi Pas yg sangat dangkal taapi perasan alim spt altanbewak, ayama la din menantu tok guru dan ahmad linkop mb ktan termasuk timb nya ammar munkar.........ade ke nak angkat tg rozali jadi piem,,!!! Tak rase malu ke bang lebai ooooi!

iRock berkata...

Saya nasehatkan exco Pas lebih baik letak jawatan........sotan dah bagi warning mais jgn pantau umah urut........habis tu sapa nak pantau umah urut ni......exco pas juga! Islam, islam juge tapi bagi lesen umah urut pasal perintah sotan memang boleh kan kira wala' dgn ketua islam negeri.......kan kan kan ni na woo. Lanciuu la Pas iman sempit nafsu besau!

Ayama laDin (menantu TG)

Tanpa Nama berkata...

Ku sangkakan pas sudah bijak.tetapi sama spt dulu bebal dan bodoh sombong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...