16 Ogos 2014

KETIKA PR PERANG SAKAN, KAK MAH JOLI SAKAN?


HEBOH MENJADI PERBUALAN RAKYAT SEJAK SEMINGGU INI KISAH NAJIB DAN ROSMAH BERCUTI SAKAN SELEPAS LAWATAN KERJA KE BELANDA ISU MH17.



Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

Ini suatu pertuduhan yang cukup serius ..

Jika apa yang dihebahkan ini sahih dan kenyataan maka amat malang sekali kerana diajak rakyat berkabung tetapi diri sendiri berseronok bercuti diluar negara.

Mohon respon dari pihak berkenaan demi pencerahan dan kebenaran... Jangan biarkan rakyat terpingga-pingga mencari kebenaran.

Senyap ertinya setuju apa yang diperkatakan ..

Beri ulasan dan komen pastikan tidak menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai situasi dan isi sebab kini informasi dihujung jari.

Tindakan paling afdal jika berita dan kisah ini fitnah .. wajar dan wajib diambil tindakan saman malu keatas pencetus berita ini Laman Asia Sentinel.


SUMBER

LAGI LAPORAN LEBIH LENGKAP DIBAWAH.......

Kes membingungkan tentang kehilangan PM ... sekali lagi

Posted on Saturday, August 16 @ 11:41:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Hazlan Zakaria


KOMEN: Sekali lagi, rakyat Malaysia berhadapan misteri kehilangan Perdana Menteri, yang sesuai dijadikan karya penulis Singapura Shamini Flint di mana watak utamanya Inspektor Singh tangkas melakukan siasatan.

Blogger pro-Barisan Nasional Syed Akhbat Ali menulis di dalam blog Out-Syed The Box, kehilangan Perdana Menteri itu dari tanahair telah memasuki hari ketiga belas, satu tempoh yang lama bagi sebuah negara ditinggalkan tanpa peneraju.

Kehilangan PM ini menunjukkan masalah yang sering dikaitkan dengan kepimpinan Najib, gemar mendiamkan diri di dalam pelbagai isu, hilang secara misteri dan bersikap “cakap tak serupa bikin” di mana beliau gemar bermewah-mewah sedangkan rakyat dituntut berjimat cermat.

Najib sendiri tidak menafikan bahawa banyak wang diperuntukkan bagi kunjungannya yang diiiringi para pegawai, yang didakwa bagi kepentingan negara.

Malah perbelanjaan bagi isterinya yang tidak berstatus pemimpin kerajaan sering dilakukan kerana Perdana Menteri “menyayanginya” dan “risaukan keselamatannya”, mengikut penjelasan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kepimpinan perlukan tindakan, dan pemimpin wajar dilihat melakukan tindakan. Rakyat juga perlu melihatnya bertindak secara jelas.

Sepertimana seorang nakhoda yang mengemudi kapalnya, beliau perlu memegang kemudi agar dapat meraih kepercayaan anak-anak kapalnya.

Selain batang tubuhnya dilihat, beliau juga perlu memimpin melalui teladan dan mengamalkan nasihat yang diberinya kepada para pengikut. Jika tidak orang akan berkata, dia hanya pandai cakap sahaja.

Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun asyik menyepikan diri di saat-saat krisis, atau lebih tepat persis cip coklat popular: “sekejap ade, sekejap tak ade”.

Selain mendiamkan diri secara elegan, Najib juga kerap “hilang” di dalam penjelajahannya yang digelar laman berita Asia Sentinel sebagai “percutian misteri”.

Kali ini menurut laporan yang diperoleh daripada sumber yang rapat dengannya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur ditemani rakan lama Low Taek Jho, atau juwatan Jho Low serta kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia.

Mereka merentas sempadan Eropah sambil berhenti di lokasi-lokasi mewah.

Pengarang Asia Sentinel John Berthelsen di dalam artikelnya berkata, selepas sidang akhbar di Belanda berhubung nahas MH17 pada 1 Ogos, Najib sibuk dengan urusan peribadi.

“Selepas sidang akhbar, menurut sumber dari Malaysia, perdana menteri dan Rosmah terbang ke Paris. Mereka diiringi jutawan Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar...”

Berthelsen berkata kumpulan itu dipercayai mengunjungi Sardinia, di Itali sebelum ke Cannes di Peranchis, sebelum kembali ke Sardinia dengan sekumpulan ahli perniagaan Malaysia berbangsa Cina.

Usaha Asia Sentinel mendapatkan lokasi tepat Najib tidak berhasil kerana Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha akhbarnya enggan memberi maklumbalas.

Jadi wajarkah Perdana Menteri kita makan angin di lokasi percutian mewah sedangkan rakyat Malaysia disaran berbelanja secara berhemah atau mengubah gaya hidup ketika berdepan kos sara hidup yang tinggi?

Kita perlu soal samada kunjungan ini dibiayai wang rakyat? Atau jika tidak, siapa yang membiayainya? Adakah sesuai bagi percutian Perdana Menteri dibayar pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda mereka?

Kita harap ia bukan menggunakan wang kerajaan.

Percutian Najib bersama isteri juga dilakukan ketika negara masih berduka akibat tragedi berkembar MH370 dan MH17 dalam bulan Mac dan Julai tahun ini.

Menurut Berthelsen, lawatan itu mungkin telah dirancang terlebih dahulu tetapi ia masih boleh dibatalkan kerana insiden yang menimpa negara.

Inilah sikap “cakap tak serupa bikin” yang sering dipamer Perdana Menteri. Jika beliau boleh membatalkan majlis rumah terbuka rasmi kerana menghormati mangsa kedua-dua nahas penerbangan itu, mengapa beliau tidak membatalkan percutiannya?

Najib bukan sahaja gemar mendiamkan diri malah sering menghilangkan dirinya di dalam percutian misteri. Adakah beliau berterusan membelanjakan wang di kala rakyat Malaysia sedang berkabung atau berdepan kos sara hidup yang makin meningkat?

Perlantikannya sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau bertanggungjwab kepada kita, rakyat Malaysia, dan bukan sebaliknya.-theantdaily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biaqla kat dia la.. dia Pm yg kita pilih..ikut suka dia la nak buat apa pun.. nanti bila kita jd Pm ..kita blh buat lebih pada dia...

Yuhaniza Yusoff berkata...

8/16/2014ADA YANG DAH TAHU TAPI BIAR ORANG DIA MAKI HADI AWANG, SUNGGUH TAK PATUTApa Cerita Sultan Selangor Panggil TG Haji Hadi Pada 5 Syawal?****August 16, 2014***Sedikit pendedahan( untuk ahli pas)* *
Sultan panggil mengadap tuan guru haji hadi pada syawal ke 5.* *
Sultan beritahu tak mahu wan azizah jadi mb. Sultan suruh haji hadi beri nama dari wakil pas.* **
*
Haji hadi menolak sebab dalam pr, wakil mb selangor dah sepakat nak lantik dari wakil pkr. Atas semangat setia kawan.* *
Anwar pergi ke terengganu untuk suruh haji hadi tanda tangan sokongan supaya azizah jadi mb. Haji hadi tak mahu sebab sultan tak setuju dengan azizah.* **
*
Pas arah exco supaya terus kerja supaya khalid tidak bekerja sama dengan umni dengan perkenan sultan. Pas hanya suruh bersabar tak lama hanya 1 minggu je.* **
*
Sekarang pkr dan dap serta orang yang tak tahu apa-apa dok hina dan caci haji hadi dan tuan guru nik aziz sebab katanya tak ada semangat setia kawan dan khianat dengan pakatan rakyat la.* **
*
Puas hati kutuk presiden pas dan pemimpin pas yang lain?* *
Boleh sebarkan dan print screen.*~PakKaramu~ 
pada 8/16/2014 03:23:00 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...