14 Ogos 2014

KHALID BUKAN YANG DAHULU, TERKENA BADI DUN PELABUHAN KLANG.....


Krisis Selangor: ‘Saya ingin lihat semua ini berakhir’


Oleh: Izmil Amri

Penulis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer pernah diwawancara dua orang Belanda. Wawancara berkenaan kemudiannya dibukukan. Salah satunya diberi tajuk ‘Satu-satunya harapan saya adalah ingin menyaksikan akhir semua ini’, ditulis pada tahun 1991. Tajuk itu dipetik dari jawapan Pak Pram mengenai pengalamannya dipenjara pasca Gerakan 30 September.

Tajuk itu kemudiannya dipendekkan dan dijadikan judul apabila dua wawancara itu dibukukan. ‘Saya ingin lihat semua ini berakhir’. Pram menjawab si penyoal, Kees Snoek, penulis Belanda yang bertanyakan tentang harapannya ketika ada wartawan yang diberi izin berkunjung ke Blora, tempat Pram dikurung.

“Tidak, saya tidak mengharapkan, saya sudah belajar mematikan. Tidak mengharap apa-apa. Kalaupun mengharap, saya hanya ingin menyaksikan akhir semua ini,” jawab Pram.

Rakyat Malaysia, setakat pertengahan Ogos 2014 barangkali berkongsi jawapan yang sama dengan sang penulis itu sekiranya ditanya tentang pergelutan politik yang sedang melanda negara, Selangor terutamanya. Kemelut yang melanda buat kita letih dan hampir sahaja sudah tidak lagi peduli.

“ADUN Bebas telah rampas kerajaan negeri Selangor!” Itu yang ditulis di Twitter oleh Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan yang telah dipecat rejim kerajaan Khalid Ibrahim dari jawatan Exco bersekali dengan exco PKR dan DAP yang lain dalam serangan balas Menteri Besar itu terhadap Pakatan Rakyat.

Lebih meruntun jiwa apabila kita membaca tajuk berita melaporkan bahawa Khalid menafikan bahawa kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat, kerana katanya Pakatan tidak berdaftar. Pengkhianatan yang sebegini hebat hampir tidak pernah kita jangkakan.

Kita pastinya masih terkenang-kenang pembawaan Khalid yang dahulu; dengan rambut tak bersikat dan bulu hidung serabut terjuntai-juntai. Kini semua itu sudah berubah. Khalid dengan cemerlangnya telah menjadi haiwan politik yang begitu licik.

“Saya ni jenis orang yang buat kerja dulu baru cerita.” Ini ayat biasa yang keluar dari mulut Khalid Ibrahim. Dulu kita sangkakan Khalid ini menteri besar tak banyak cakap. Ada juga yang sangkakan Khalid tidak banyak cakap sebab tidak mahu disebut gagap. Namun kini ternyata Khalid sudah lancar bicaranya; hatta mampu menafikan mandat rakyat terhadap Pakatan dalam PRU ke-13.

Kerajaan Negeri Selangor kini kerajaan Indie-Melayu-Islam. Pertubuhan Ultra-Melayu-Islam seperti Perkasa dan ISMA sewajarnya bertepuk tangan dan buat kenduri kesyukuran. Tidak ada wakil bukan-Islam atau bukan-Melayu dalam pentadbiran Indie-Melayu-Islam ini. Tidak ada lagi kafir DAP untuk dijentik mahupun liberal PKR untuk disergah.

PKR dan DAP sudah jadi pembangkang dalam rejim Khalid Ibrahim. Dua parti yang meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kini dengan jayanya dijadikan musuh olehnya.

Benarlah bahawa politik itu seni segala mungkin. Media tradisional kawalan daulah Barisan Nasional juga kini mempertahankan Khalid. Khalid sudah bukan lagi menteri besar kerajaan pembangkang yang kuat tidur dan gagap. Dia hero – hero bagi Umno dan Barisan Nasional yang sekadar perlu duduk di tepian gelanggang menonton pertarungan Pakatan Rakyat sambil mengunyah kuaci.

Khalid Ibrahim sudah khianat. Ini sudah terang jelas dengan tindakannya hari ini. Kalau dahulu sekadar kita mengacah soal khianatnya melalui isu Kidex, Bible, Projek Langat dan soal selesai hutang luar mahkamah; kini Khalid benar-benar telah khianat terhadap setiakawan rakan-rakan Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR.

Harapan kita kepada PAS untuk mengekalkan semangat Pakatan dalam pentadbiran indie Khalid Ibrahim harapnya tidak sia-sia. PAS masih lagi tegar menanti tarikh keramat 17 Ogos untuk memberi kata putus, meski sudah beberapa suara wakil rakyatnya timbul mendesak PAS untuk sepakat bersama menolak rejim Khalid Ibrahim. Kita juga turut bersyukur dengan jaminan bahawa PAS akan meminggir dari Khalid sekiranya ada ura-ura berpakat dengan Umno.

Namun apa yang jelas ialah mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 tahun dahulu sudah tidak ada nilainya di mata Khalid Ibrahim. Dan perlahan-lahan kita melihat penyokongnya yang hebat mempertahan Khalid sudah kian meminggir dan mendiamkan diri. Mereka juga tidak menyangka bahawa Khalid akan memperlihatkan pengkhianatannya sehingga ke tahap ini. Khalid membakulsampahkan persaudaraan dan komitmen yang telah diberikan DAP dan PKR selama lebih 6 tahun dia diberikan amanah menguruskan Selangor.

Kita semua sudah penat dengan kerenah yang semakin merepek ini. Dari dulu kita sangkakan ini isu dalaman PKR dan mendakwa bahawa si Anwar itulah yang gila kuasa mahu menggantikan Khalid Ibrahim dengan isterinya. Kini apa yang terpampang di depan mata ialah seorang penguasa yang begitu tidak mahu berpisah dari jawatannya sehingga sanggup khianat dan berpaling. Jadi siapa sebenarnya yang gila kuasa?

Khalid, kami sudah penat. Seperti juga Pram, kami turut mahu melihat pengakhiran semua ini. Kamu mesti dilengser dikeranakan pengkhianatan kamu. Jangan kerana seorang Khalid maka sebuah pakatan politik yang menjanjikan perubahan buat seluruh rakyat Malaysia tertungging dan tersudut di nota kaki sejarah sebagai koalisi yang digagalkan seorang menteri besar gila.

Ya, mungkin kerusi Pelabuhan Klang itu ada badinya. Semua yang menyandangnya habis gila belaka. – Roketkini.com

5 ulasan:

iRock berkata...

Dak aih! Khalid tu betoi bendoi, macam PAS JUGA! Khalid tak jadi macam ni kalau Pas tak sokong dia. Pas nak calon lain dari Azizah hanya auta nak tutup kemunafikan je? Tak sah nak ungkit2 benda yg dah berlaku...........biarlah Pas bersama PUKI, kerana puki lah yg dicari2 oleh pas selama 50 ini. Cuba tanya nasrudin tantawi, din ayam dan ramai lagi.

Tanpa Nama berkata...

Watak Khalid dulu nampak baik.... Orang nampak dia gagap, slow and steady...

Siapa yang merubahnya kalau dia berubah...???????

Logik ke kalau dia berani tunjuk belang kerana Pas... (Parti yang hidup dengan derma orang)????????

Tentulah dia berubah kerana ada sesuatu yang gagah(di dunia) dibelakangnya....

Parti 'syaitan yang dikenali'..



Tanpa Nama berkata...

puki kau la... anwar berahi yg buat hal.. kau nk salahkan PAS plk.. manusia bangsat betul la kau ni.. anwar berahi yg tamak sgt nk kan jwtan mb sgor utk sng blh beli mp bn 20..30 juta.. guna duit selangor supaya blh jd pm msia..bak kata pak faisal bks ahli pkr yg dipecat.. semua ini x kan terjadi jika anwar yg mulakan.. yg jd sasaran PAS.. elok lah kalau anwat masuk dlm penjara baru aman..

Tanpa Nama berkata...

puki kau la anon 2:04.kau yg berahi nak berpeluk dgn bn..puiii

Tanpa Nama berkata...

Jaga2 parti setan sdg bertepuk tngan..insyaAllah pas,pkr dn dap akn terus brsatu dibawah panji PR..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...