11 Ogos 2014

KEMELUT MB: KENALI SIAPA ANGGOTA DEWAN DIRAJA SELANGOR !!!

MUKTAHIR :





Khalid puashati dengan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor

KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang baru selesai sebentar tadi.

"Saya masih mampu tersenyum (terhadap keputusan). Semua persoalan akn saya jawab pada sidang media jam 2 petang ini di SUK," katanya ketika ditemui ketika keluar dari Istana Alam Shah, Klang, sebentar tadi.

Abdul Khalid tiba di Istana Alam Shah kira-kira jam 9 pagi manakala sementara beberapa minit kemudian, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba.

Abdul Khalid dilihat keluar dari Istana Alam Shah pada jam 12.45 tengahari tadi.





Hari ini, diketahui Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor telah pun mul bermesyuarat untuk membincangkan berkenaan kemelut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan akan membuat keputusan apakah status seterusnya bagi Abdul Khalid adakah terus kekal menjadi Menteri Besar atau berundur daripada jawatan itu.

Badan itu yang turut dikenali sebagai Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat di Istana Alam Shah, Klang.

Dalam isu ini, ada tanda tanya yang bermain di minda orang ramai iaitu siapakah ahli-ahli dalam Dewan Diraja Selangor?

Dewan Diraja Selangor merupakan badan penasihat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dianggotai oleh mereka yang cukup berpengaruh tetapi bukan ahli politik, kecuali sesiapa yang menjadi Menteri Besar Selangor.

Setiap ahli dilantik untuk memegang jawatan tersebut selama tiga tahun dan akan diperbaharui atas pekenan Sultan.


Mudah ceritanya, Ahli Dewan Diraja itu terbahagi kepada empat iaitu,

Ex-Officio atau pegawai-pegawai yang memegang jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Waris iaitu wakil kerabat diraja Selangor.

Orang-Orang Besar iaitu pemimpin-pemimpin tempatan yang dilantik oleh Sultan Selangor.

Orang Tua-Tua iaitu individu terhormat yang dilantik atas kewibawaan integriti mereka.

Ahli politik dari dalam senarai ahli Dewan Diraja Selangor hanya Abdul Khalid yang dilantik kerana beliau merupakan Menteri Besar Selangor.

Ex-Officio Dewan DiRaja Selangor lain adalah Tengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang mana pelantikan mereka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Lima Orang-Orang Besar itu Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf; Tan Sri Ambrin Buang; Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali; Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Tan Sri Setia Ismail Adam; Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.


Jika diteliti senarai itu nama ahli Dewan Diraja Selangor ini cukup ‘mantap’ dan berwibawa… apa saja keputusan Dewan Diraja yang menjadi tempat rujukan Sultan Selangor untuk meminta pandangan dan nasihat jangan dipertikaikan.

Terutama oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan kerana dibimbangi akan menjejaskan kestabilan dan keharmonian yang dinikmati oleh negeri Selangor khasnya Malaysia umumnya selama ini.


Sumber


Isu MB: Khalid Hadir Mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja



KLANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah di sini, kira-kira pukul 8.45 pagi Isnin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Difahamkan Menteri Besar itu akan memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kedudukannya kini selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu lalu.

Abdul Khalid dijangka turut menjelaskan mengenai situasi terkini politik Selangor pada mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja yang dijadual berlangsung kira-kira pukul 10 pagi di sini.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja selesai diadakan.

Sabtu lalu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara bersetuju memecat Abdul Khalid kerana enggan berundur daripada jawatannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu. - mStar Onlin
e


Status MB: Khalid Mungkin Kekal Sementara Waktu

@mstar.com.my


PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan kekal berada di kedudukan Menteri Besar Selangor buat sementara waktu dan beliau tidak akan meletak jawatan dalam masa terdekat.

Senario terkini berkemungkinan menyaksikan beliau akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga akhir bulan ini.

Ia berikutan proses peralihan kuasa yang perlu dipatuhi dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengadakan lawatan ke luar negara Rabu ini.

Baginda hanya akan kembali pada 23 Ogos.

Pada tahap ini langkah logik berikut pemecatan Abdul Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk mendapatkan pekenan mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor.

Apabila pertemuan itu diadakan, Abdul Khalid secara rasmi akan memaklumkan kepada Tuanku bahawa beliau telah dipecat daripada PKR dan kini secara teknikal merupakan wakil rakyat bebas.

Beliau juga boleh menasihati Sultan untuk memanggil satu persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun jika Abdul Khalid enggan berbuat demikian, Sultan mempunyai kuasa mengikut Perlembagaan untuk berbuat demikian.

Abdul Khalid juga mungkin boleh memberitahu Sultan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau untuk kekal memegang jawatan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

Sidang khas berkenaan bagi membolehkan 56 wakil rakyat untuk mengundi sama ada Khalid masih mendapat kepercayaan sebagai Menteri Besar atau tidak.

Usul undi tidak tidak percaya hanya memerlukan majoriti mudah iaitu 29 undi dalam kes Selangor.

Selepas itu, wakil Pakatan Rakyat perlu mencadangkan nama yang akan menjadi Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan pihak istana.

Kebiasaannya istana akan meminta lebih daripada satu nama.


Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Sultan pada Isnin ketika mesyuarat khas Majlis Penasihat Raja-Raja.

Katanya beliau akan berbincang dan mendapatkan pandangan Sultan mengenai perkembangan terkini di Selangor.

Menteri Besar adalah ahli majlis itu dan beliau boleh menggunakan ruang berkenaan untuk memberi taklimat berhubung apa yang berlaku dan rancangannya dalam masa terdekat.

6 ulasan:

C++ berkata...

Bhai KK..

Sebenarnya takder isu nak bagi nasihat kepada Sultan... sebab semuanya tue dapat pingat dari Sultan...

Jadi semua akan angguk-angguk jer la.... Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Oii sang khalid letak jer jawatan....buang masa jer. Hanya nak tunjuk ego tak yah. Agenda sebenar adalah untuk membantu rakyat bukan nak main aci ligan mangkok.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Selangor mahu TSKI kekal MB SELANGOR..
dswa dan dsai blh blik penang cuba nsb kt sana plk dgn lim guan eng... ada bran....!

Tanpa Nama berkata...

rakyat negeri lain.. x pyh la sibuk nk komen psl negeri selangor... dpt.. skim usia emas.. air percuma.. tabung tawas.. hadiah anak msuk ipt rm1000.. jom shoping oku dan warga emas..macam2 la.. korang ada...uhuhuhuuu

Tanpa Nama berkata...

Komen bangang dr mcai umno bn..

ok je berkata...

Betul tu pi la balik Penang MB kena la orang Selangor.Tak kan tak de sorang pun adun PKR orang Selangor malu la Sultan orang luar jadi MB dia . Lagi pun pempuan mana blh jadi ketua negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...