10 Ogos 2014

JALAN PERSEKUTUAN TERUK DI KEDAH, TIADA PERUNTUNKAN SEJAK 2013....TAKKAN LEKEH TARA NIE KUT !!!

KATA BN MENANG KEDAH SENANG.......

MANA MUKRIZ HARI TU KATA PERUNTUKAN UNTUK PENYELENGARAAN JALAN DAH LULUS RATUS JUTA....TAPI MASIH DOK TEMPEK TAR SANA SINI........



KERAJAAN KEDAH Perlu RM3.6 Juta Baiki Jalan Bedong



SUNGAI PETANI 7 Ogos - Sebanyak RM3.6 juta peruntukan diperlukan bagi membaik pulih Jalan Persekutuan Bedong-Semeling sepanjang kira-kira 14 kilometer yang sering dibangkitkan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, YB. Dato’ Tajul Urus Mat Zain berkata, orang ramai sering mengadu mengenai kerosakan jalan berkenaan yang berlubang dan bertampung di beberapa kawasan sehingga menyukarkan perjalanan.


Menurutnya, tinjauan ke lokasi kejadian dibuat sejurus menerima aduan orang ramai berhubung masalah yang kerap berlaku.

“Saya akui jalan ini menjadi laluan utama penduduk keluar dan masuk selain digunakan pelajar dari sebuah universiti tidak jauh dari sini.

“Apabila jalan tidak sekata, sudah pasti mendatangkan kesukaran tambahan pula dimaklumkan kemalangan sering berlaku,” katanya ketika turun padang meninjau keadaan jalan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak terlibat dari segi kerja naik taraf jalan berkenaan kerana dimaklumkan ia berada bawah penyeliaan Kerajaan Persekutuan.

“Kita juga telah dimaklumkan bahawa permohonan telah dibuat Jabatan Kerja Raya Daerah melalui Jabatan Kerja Raya Kedah memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan pada 2013 dan permohonan kedua dibuat April lalu.

“Kita berharap ia dapat diluluskan dalam tempoh terdekat sebagai memberi kemudahan akses jalan raya yang selesa kepada penduduk setempat,” ujarnya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar memandu kenderaan atau menunggang dengan berhati-hati ketika melaluinya bagi mengelakkan kemalangan.

Sumber:UMTK

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Paling teruk jalan Kulim - Baling. Kerajaan BN Kedah lagi teruk berbanding PAS masa lalu.

Tanpa Nama berkata...

Perkara yang paling gila yang aku lihat bab jalan di Kedah ini adalah turapan jalan di Lebuh Intan Sungai Petani. Lepas pilihanraya jalan di Lebuh Intan yang bukanlah rosak teruk telah diturap baru... sehingga ada cina kata... boleh pangkah pakatan rakyat lagi sebab jalan tetap diturap walau pembangkang menang.... alih-alih tidak berapa lama kemudian Lebuh Intan yang baru diturap tu, diturap sekali lagi.... takkah gila namanya tu jalan baru yang tak rosak lagi, diturap untuk kali kedua... sedangkan lorong-lorong yang nazak di sekitar taman tu tak pulak diturap...

Tanpa Nama berkata...

Bn macam tu la perangai dia puak ni memang tk blh caya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...