17 November 2012

HOT ! CHE'GU BARD MERAJUK KERANA DIPANCUNG OLEH TEAM AZMIN ....???


MENGAPA CHE'GU BARD TUTUP FACEBOOK DAN FANPAGE?

Saya juga tertanya-tanya mengani hal ini semasa dicuit oleh seorang teman di laman sosial itu sebentar tadi.

Jika benar hal itu, tentunya mempunyai kaitan dengan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, DatukMansor Othman yang diumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal pada PRU13 nanti.

Che'guBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin bukan nama baru dalam gerakan anak muda di tanah air ini. Selepas tewas dalam saingan mengisi kerusi Ketua AMK, beliau mengambil keputusan di luar kerangka dengan menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sejak dari itu, idea dan redikalisme pergerakan SAMM seringkali mencuri perhatian pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Ada yang berpendapat bahawa, SAMM lebih dilihat dinamik serta nenongkah masa demi membenamkan rejim UBN jika dibandingkan dengan sayap-sayap pemuda - AMK, DPPM dan DAPSY.

Kempen "Demi Rakyat" yang dilancarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun banyak menggunakan kuasa mobilisasi jentera di bawah kepemimpin CheguBard, bukan Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK).

Anwar lebih mengetahui mengapa karektoristik CheguBard diperlukan untuk menggerakkan operasi di lapangan parti?

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu acap kali berseloroh "orang macam CheguBard patut jadi KP (Ketua Pemuda) kita (PAS)," di depan saya dan Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi semasa makan dekat Kedai Pakistan berdepan dengan Pejabat Agung PAS, KL.


Setiausah Agung PAS Lim Guan eng pernah sebut mengenai karektor anak muda itu.

Anak muda yang sepatutnya jadi aset bernilai dalam PKR sempena PRU13 nanti nyata mencuri perhatian banyak pihak.

Semestinya Anwar mempunyai pendapat tersendiri apabila Mansor diumumkan mengisi kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Mansor adalah Naib Presiden PKR. Dalam menyusun kemenangan ke Putrajaya di PRU13 kelak, takkan Mansor tidak diketengahkan sebagai calon Menteri atau Timbalan Menteri?

Ada asasnya juga beliau bertanding di kerusi Parlimen.

Apabila saya empeti dengan langkah Anwar dan harapan Mansor itu, ada 'orang parti' kata, "lantik jadi Senator pun boleh jadi Menteri."

Tidak cukup dengan itu, mereka kata, mengapa Mansor tidak dicatur ke Parlimen Balik Pulau yang belakangan ini menyaksikan pertikaian rakyat terhadap Ahli Parlimen yang sedia ada?

Empeti saya nampaknya kalah dengan hujah 'orang parti' berkenaan.

Dari segi yang lain, penentuan calon perlu lihat banyak sisi, termasuk kekuatan calon itu sendiri.

Kekuatan Mansor ataranya kedudukan dalam PKR sendiri. Kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tentunya memberi kelebihan untuk seluruh jentera parti membantunya mempertahankan dominasi parti di Nibong Tebal dan DUN Penanti.

CheguBard juga mempunyai kekuatan tersendiri. Kejenteraan SAMM adalah kekuatan paling ampuh yang ada pada karektor anak muda itu.

Kalau tidak, masa kan Anwar sendiri menggunakan CheguBard untuk merealisasikan jelajah Demi Rakyat?

Selain itu, CheguBard dilihat lebih popular serta mempunyai tapak sokongan rakyat yang kuat disebabkan idea serta aksi radikalisme SAMM sebelum ini.

Tuntas itu, kekuatan Mansor adalah jentera parti, manakala kekuatan CheguBard adalah jentera SAMM serta sokongan di luar parti.

Untuk masuk PRU13, sesorang calon mesti membawa kekuatan terkuat bagi memenangkan parti. Kekuatan terkuat itu adalah sokongan rakyat sendiri.

Di sinilah, kekuatan Mansor diperlukan untuk melengkapkan kekuatan terkuat yang ada pada karektor Chegubard kerana kekuatan Mansor berlegar dalam parti, tetapi kekuatan CheguBard berlegar di dalam dan di luar parti.

Nak menang kerusi Parlimen Nibong Tebal memerlukan sokongan rakyat terbanyak, bukan sekadar sokongan ahli parti sahaja.

Di sini CheguBard mempunyai kekuatan terkuat untuk mengukuhkan prospek siasah Mansor, PKR serta Pakatan Rakyat di Pulau Pinang jika bertanding di Nibong Tebal.

Setuju?

Oleh :ZAINULFAQAR YAACOB

Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...