11 November 2012

TERKINI ! Najib Sedia Berdebat dengan Anwar, Ambil formula rakyat AS....?


Najib: Ambil formula rakyat AS

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat di negara ini mengambil pendirian rakyat di Amerika Syarikat apabila membuat pilihan untuk mengekalkan Presiden Barack Obama untuk tempoh empat tahun akan datang.

Justeru, beliau mahu rakyat di negara ini mengambil formula itu, bagi memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) meneruskan apa yang dinamakan kesinambungan ini.




Menurut Najib, rakyat di Amerika Syarikat, pada pilihan raya lalu, hanya ada dua pilihan, iaitu sama ada mereka hendak mengubah atau mereka hendak meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan sedia ada.

Justeru, mereka sekali lagi telah memilih Parti Demokrat di bawah kepimpinan Obama berdasarkan keyakinan apa yang dibentang terhadap dasar parti berkenaan dan kepercayaan jelas bahawa masa depan mereka lebih terjamin sekiranya mereka meneruskan kesinambungan itu.

“Saya nak tentukan kepada semua bukan sahaja mereka yang hadir di sini tetapi untuk rakyat Malaysia di seluruh negara bahawa kalau memilih kerajaan Barisan Nasional, kita bukan sahaja menjanjikan kesinambungan tetapi kita mampu membawa transformasi dan kesinambungan tersebut.

“Jangan termakan dengan janji-janji manis yang tak mungkin dapat ditunaikan. Mereka janji hutang PTPTN akan dihapuskan, tol dimansuhkan, dan pelbagai janji lain tapi mereka tak sebut daripada mana hasil untuk melunaskan janji itu.

“Itu adalah janji-janji kosong dan sebab itulah pakar-pakar di luar tidak memberi penilaian kepada buku jingga mereka,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini semalam.
Perdana Menteri berkata RTC di Melaka adalah yang ketiga selepas Perak dan Kelantan dan akan berperanan sebagai pemangkin ekonomi masyarakat luar bandar.

Komen : Najib wajar menyahut cabaran Anwar untuk berdebat kerana ini adalah satu budaya rakyat AS sebelum pilihanraya......rakyat suruh ikut pemimpin tak mahu ikut...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...