14 November 2012

HOT ! PROJEK PENGGULINGAN NAJIB DI AUSTARLIA DIINTIP ?

PANAS! Muhyiddin Sedang Diintip Di Melbourne?


Ini maklumat yang baru diterima.

Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan selama sembilan hari ke Melbourne, Australia bermula 10 November lalu rupanya sedang diintip beberapa pegawai yang diupah khas perdana menteri, Najib Altantuya.

Menurut sumber, Muhyiddin yang menginap di sebuah hotel terkemuka (H****) di bandaraya itu diawasi pergerakkannya menerusi mikrofon tanpa wayar yang dipasang khas beberapa hari sebelum ketibaan Muhyiddin dan isterinya, Norainee Abdul Rahman.

Lawatan selama SEMBILAN hari Muhyiddin ke luar negara dipercayai antara sebab utama mengapa Najib Altantuya terpaksa menggunakan khidmat sedemikian bagi mengatur gerak balas sekiranya timbalannya itu bercadang menggulingkan jawatannya selaku perdana menteri.

Ini merupakan lawatan Muhyiddin yang paling lama ke luar negara semenjak menjadi manusia kedua paling berkuasa di Malaysia itu sejak April 2009.

Muhyiddin yang turut menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) sempena lawatannya ke negara kangaroo itu dikatakan membuat satu perancangan rapi bagaimana mahu menjatuhkan Najib Altantuya semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember.


Pegawai yang diupah berperanan mengintip segala gerak geri Muhyiddin terutamanya selepas selesai bertemu dengan delegasi perniagaan ekonomi kaum Cina seluruh dunia dan selepas menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan oleh penganjur persidangan yang datangnya dari Malaysia sendiri, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Antara pemimpin Malaysia yang turut dijemput hadir termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tiba sehari lebih awal dari hari persidangan.

Difahamkan, pegawai yang dilatih khas itu melaporkan terus segala perkembangan terkini kepada Najib Altantuya secara langsung menerusi talian telefon khas yang kini berdepan dengan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Presiden Umno yang kini digerakkan secara meluas di seluruh negara.



Sumber itu turut memberitahu, semasa Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan pelajar dan kakitangan Malaysia di sana, beberapa isu penting termasuk perkembangan politik semasa negara turut menjadi agenda utama kerana ada di antara mereka memberi komen pedas kepada Muhyiddin berhubung beberapa isu besar seperti pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicadangkan Pakatan Rakyat selain mengutarakan konflik dalaman yang berlaku dalam parti komponen Barisan Nasional.

Selain mengadakan lawatan rasmi, Muhyiddin difahamkan turut mencari beberapa pemimpin pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan menjadi pemimpin pelapis Umno terutamanya di universiti yang pernah menjadi alma mater Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed.

Dijangka, sekembalinya Muhyiddin dari lawatan tersebut pada 18 November ini pasti akan ada satu kejutan besar buat Najib Altantuya yang kini terpaksa mengheret golongan artis tempatan untuk sama-sama menyokong Umno mempertahankan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Sumber :SINI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua rakyat bertanggung jawab atas ketenteraman negara,kalo negara huru hara rakyat yang rugi,orang kaya akan terbang ke luar negara bersama keluarganya,orang miskin tetap dan akan menerima efek dari huru hara ini,ahkir ahkir ini aku mulai tak paham dengan perangai rakyat yang mau dilagakan oleh elite politik dan digunkan alat oleh mereka,semua bercakap demi rakyat ato perjuangkan rakyat,tapi kocek dp penuh ngan harta hingga tujuh turunan,aku cuma nak ingatkan,dah bersediakah rakyat menghadapi huru hara kerena elite politik yang nak bergaduh?mudah mudahan Tuhan berkehendak lain.jadikan negeri ini yang aman dan makmur dibawah lindungan Nya.amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...