12 November 2012

Apa Yang Panas Sajak nie " Akulah orang yang paling hebat "


Akulah orang yang paling hebat!!!


(Saya bukanlah seorang penyair, tetapi bukan juga seorang yang tidak mencintai syair. Saya suka membaca syair, bahkan saya mungkin mendahului rakan-rakan membeli dan membaca sajak-sajak seorang sahabat saya Usman Awang, atau Tongkat Waran; bahkan syair-syair yang tulis pernah keluar didalam majalah keluaran Dewan Bahasa; tetapi sajak-sajak yang keluar itu dibantu pembetulannya oleh Sdr Usman Awang. 
 Saya pernah berguru dengan Dr Mohamad Salleh, seorang penyair prolifik yang menulis didalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan sajak-sajaknya telah diterjemahkan kedalam bahasa Russia, Perancis dan lain-lain bahasa; tetapi setelah berbulan "mengadapnya" beliau berkata kepada saya, "Mi, aku ingat kau concentrate dengan penulisan prosa sajalah, lupakanlah sajak, kau ada idea tetapi bahasa kau tu kaku, tak ada seni." Sejak hari itu (hampir 30 tahun dahulu), saya tidak lagi cuba menulis sajak.

Semasa aku berpindah semula ke Temerloh dari Kuala Lumpur, saya telah banyak menulis didalam akhbar-akhbar tetapi tidak dalam bentuk sajak, saya menulis mengenai kemasyarakatan, politik, ekonomi, kehidupan. Sekali sekala artikel aku keluar juga didalam Majalah Dewan Masyarakat, tetapi yang paling banyak didalam akhbar WATAN dan BUMI, hampir setiap minggu.

Dan semasa akhbar WASILAH masih diterbitkan, aku diberikan kolom mingguan.

Tetapi disuatu hari Sdr Man Kadir yang kebetulan pada waktu itu (ini cerita 30 tahun yang lampau) ingin mementaskan sebuah drama. Kami adalah kerabat DPMP (Dewan Penulis Melayu Pahang) cawangan Temerloh, sebuah badan penulisan yang sangat aktif. Sentiasa kami mengadakan kursus penulisan dan diantara tokoh sastrawan yang kami undang memberikan kursus termasuklah Allahyarham Usman Awang,

Saya tergerak untuk menuliskan sebuah puisi dan memahukan agar puisi itu dijadikan tema kepada Drama yang bakal dipentaskan oleh Sdr Man Kadir atau nama penuhnya Ab Kadir bin Abd Manap yang kini terkenal dengan nama Pak Jabit.

Saya tuliskan sebuah sajak berjodol - LORONG ITU MATI, dan sajak itu juga diterbitkan didalam Majalah Dewan Masyarakat.

Apabila aku diberitahu oleh Man Kadir dan Yassin Salleh bahawa pada 13.11.12 jam 8.45 malam akan diadakan Majlis Membaca Puisi, tergerak sekali lagi aku mahu menulis sebuah puisi, satu puisi sindiran. Kalau Sdr Kassim Ahmad menyiapkan sebuah puisi didalam tempoh beberapa hari (beliau sangat cermat didalam penulisannya), saya hanya menulis didalam tempoh 5 minit sahaja (kerana aku bukan seorang penyair).

Inilah (dibawah ini) aku turunkan semula sajak yang aku tulis dengan jodol AKULAH ORANG YANG PALING HEBAT
.
BACA SAJAK SINI 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...