Hangpa jangan kata admin dah dibeli oleh amno-apco pasai keluar cerita dari blogger amno-apco nie, tugas blogger juga untuk pantau berita-berita kerajaan PR dan pro kerajaan amno-apco...tu ada orang heran blog nie ada link parti amno dan bebas...jadi hangpa layan dulu cerita depa dok hentam parti gabungan BN yang sudah tiada harapan lagi untuk dipulihkan......admin
Apabila Presiden GERAKAN, Koh Tsu Koon menyatakan GERAKAN sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 dan telah mengenalpasti calon-calonnya, ia sebenarnya tidak ubah seperti mendengar guruh di langit pada musim kemarau. GERAKAN seperti Parti Progresif Penduduk (PPP) yang turut bercakap besar kononnya, mereka sudah terlalu amat yakin akan mendapat undi sokongan daripada rakyat Malaysia.
Mungkin kalau dua puluh tahun dulu, cakap-cakap sebegini akan diterima tanpa banyak soal. Tetapi dalam keadaan sekarang, di mana boleh dikatakan peminat-peminat arus politik negara begitu ramai dan bijak membuat telahan, cakap-cakap seperti yang keluar dari mulut Koh Tsu Koon dan M.Kayveas tidak lebih daripada sebuah gurau jenaka yang menyakitkan hati.
Kecuali beberapa orang pemimpin GERAKAN, parti yang ditubuhkan pada tahun 1968 itu, tidak ubah seperti mayat hidup yang perlu disuap dan dilayan tanpa mereka sendiri boleh berbuat apa-apa untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan PPP yang ditubuhkan pada tahun 1953 itu. Di bawah Kayveas selaku pemimpin utamanya, PPP langsung tidak bergerak dan mempopularkan parti berkenaan di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang PPP lakukan hanyalah mengharapkan 'simpati' dan ruang percuma yang diberikan oleh UMNO, MCA dan MIC.
Kegagalan MCA dan MIC pada PRU12 lalu, cuba dihumbankan ke bahu UMNO. PPP dan GERAKAN juga menunjukkan sikap yang serupa. Bagaimanapun, berbanding parti-parti komponen BN di Semenanjung yang lain, UMNO masih mengekalkan kekuatan dan pengaruhnya. Menyalahkan UMNO seperti yang dilakukan oleh MCA, MIC, PPP dan GERAKAN pada pasca PRU12, sekadar menyerlahkan kegagalan parti-parti komponen BN untuk bangkit semula.
Dan mujurlah, UMNO walaupun lambat panas, begitu giat untuk mengembalikan semula kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU13 menyaingi PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat. Pada suatu ketika, UMNO kelihatan bersendirian, terutama apabila GERAKAN dan PPP mengambil sikap tunggu dan lihat.
Manakala MCA pula masih tidak habis-habis dengan pergolakan dalaman mereka melibatkan kem Chua Soi Lek-Ong Tee Kiat sehingga kini. Cantas mencantas berlaku walaupun ianya tidak melibatkan Barisan Nasional secara menyeluruh.
Namun tidak seperti GERAKAN dan PPP yang menuntut lebih banyak kerusi diserahkan kepada mereka untuk ditandingi, MCA kelihatan lebih memahami situasi mereka sendiri apabila tidak begitu menuntut agar kuota mereka dinaikkan. Manakala MIC pula, masih lagi dengan drama Tamil dan Hindustannya yang tidak habis-habis dengan pelakon utamanya adalah G.Palanivel yang sedang berkira-kira hendak bertanding di Cameron Highland menggantikan S.Devamany.
Cakap-cakap dongeng GERAKAN dan PPP itu sebenarnya perlu ditakuti oleh UMNO yang mengetuai Barisan Nasional. UMNO tidak seperti PAS. PAS hanya pak turut dalam Pakatan Rakyat. Setiap apa yang hendak dilakukan oleh PAS, perlu mendapat kelulusan daripada abang-abang besarnya terlebih dahulu iaitu DAP dan PKR. Sedangkan UMNO pula, kalau tidak bergerak lebih cergas, 'adik-adik' yang lain terutama di Semenanjung, akan terperuk berdengkur sambil bermimpi yang mereka masih kuat dan relevan dalam arus politik tanahair.
Ketika DAP begitu rakus menguasai dan menawan kawasan-kawasan yang pernah ditandingi dan dikuasai oleh GERAKAN, Presiden parti GERAKAN masih lagi bermimpi retorik.
Come on ler, Koh Tsu Koon... tak payahlah bercakap dan bercerita tentang naga berapi mengawal menara yang ada puteri jelita di dalamnya. Sekarang sudah zaman letusan teknologi maklumat. GERAKAN lemah dalam serba-serbi. Tidak banyak pemimpin-pemimpin GERAKAN yang boleh diharap kecuali beberapa orang seperti Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang.
Yang lain semuanya macam Koh Tsu Koon jugak... pegang telur sendiri sambil mengira-ngira agar tidak ada sebiji telur pun yang hilang disergah Lim Kit Siang anak beranak!

Author: CUCU TOK WAN blogger amnoapco
Tiada ulasan:
Catat Ulasan