15 November 2012

Panas ! Kes Lembu dan Badak lemahkan jentera Wanita Umno...?


Umno Tiada Penggerak Wanita?


Umno kini sedang menghadapi masalah ketiadaan tokoh wanita untuk dijadikan ikon atau idola oleh kaum wanita di dalam parti tersebut. Kekosongan ini amat dirasai oleh Umno dan ia merupakan satu kekurangan bagi parti berideologi nasionalis itu. Kalau sebelum ini ketua wanita Umno menjadi ikon dan pengerak utama tetapi tradisi itu sudah tidak ada lagi dalam Umno.
Sejak ketua wanita Umno, Sharizat Abdul Jalil dipalitkan dengan tahi lembu suaminya, wanita Umno tidak ada tokoh dan heroin. Walaupun wanita ada timbalannya, Kamaliah Ibrahim tetapi, kehadiran Kamaliah tidak menonjol. Beliau yang berimej Islam katanya tidak berapa dikenani oleh Umno. Begitu juga Kamliah sendiri malu dengan apa yang menimpa ketua pergerakan itu.

Mungkin Kamaliah terkejut dengan skandal menimpa suami ketuanya itu. Beliau mungkin tidak terfikir kalau wanita juga 'berjerabu' dengan penyelewengan dan rasuah seperti jantan-jantan lain dalam Umno. Aduh...

Pernah dilaporkan Kamaliah dikatakan berkata, wanita Umno tidak mahu dijadikan lembu. Tidak pasti pula mengapa terlepas kata-kata demikian. Pembisuan atau sikap pasif Kamaliah kini menunjukkan wanita Umno dalam krisis, menghadapi krisis nilai dan moral. Kamaliah membisu saja semasa isu Sharizat dengan lembu lakinya meletus.

Beliau yang sepatutnya menjadi galang ganti, berada di hadapan, tetapi tidak berbuat begitu mungkin kerana bua hampis dan hanyir kencing lembu menyebabkan dia loya dan alahan.

Kesan dari apa yang menimpa Sharizat dan rasa alahan Kamaliah menyebabkan wanita Umno kini lemah tidak aktif dan boleh dikatakan diam langsung. Tidak ada apa-apa projek dari wanita Umno untuk menghadapi pilihan raya. Biasanya menjelang pilihan raya wanitalah yang ke depan dan bersungguh serta muncul dengan berbagai projek untuk memancing dan menuba rakyat khasnya kaum wanita supaya terus mabuk kepada Umno.

Umno merasa akan kekurangan ini. Dan nasib malang ini menjadi lebih malang lagi apabila isteri perdana menteri yang biasanya menjadi penggerak kepada kaum wanita di luar parti dan didalam kerajaan juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Masalah atau isu yang membelit Rosmah Mansor menyebabkan dirinya tidak mampu untuk 'memetuk' wanita negara ini bersama Umno.

Beliau sendiri jarang muncul dalam majlis-majlis awam kerana diminta tidak berbuat begitu disebabkan kemunculannya memberi kesan negatif kepada Umno. Di mana-mana orang 'bersumut' mengenai Rosmah Mansor yang dipenuhi dengan berbagai ragam. Dari kisah permata cincin RM24 juta sampailah kepada sikapnya yang 'menangasi' suami. Kisah pembunuhan Altantuya juga masih mengejar Rosmah. Kandati sudah ada keputusan mengenai tragedi itu namun kisah dan tragedi itu masih tersebut-sebut di mulut.



Sikap Rosmah yang mengada-ngada dan kadang kalanya lebih dia dari Najib menyebabkan kaum wanita tidak senang dan dapat menerima beliau sebagai isteri perdana menteri. Walaupun sudah berbakul diminta berubah, tetapi Rosmah tetap mahu menjadi primadona politik Umno. Penampilannya menaungani Najib sebagai PM menjeluakkan orang ramai. Rosmah menjadi salah satu liabiliti kepada Umno lebih kurang sama saja dengan Mahathir.
Nasib malang Umno ini ditambahi pula dengan kurang bertenaganya puteri Umno yang menjadi ekor kepada Umno. Kesemarakan dan wangian puteri Umno beberapa tahun ke belakangan ini tidak sehebat puteri Umno dibawah pimpinan Azalina Othman Said dan juga Noraini Ahmad. Rosnah Shakirin yang menjadi ketua sekarang ini seakan hilang fokus dan tidak tahu hendak meletakkan puteri Umno di celah mana.

Rosnah lebih berjaya sebagai timbalan menteri kesihatan yang saban hari mengajar wanita agar kuruskan badan tetapi gagal sebagai wanita penggerak puteri Umno. Tiada program besar dianjurkan oleh puteri Umno melainkan ketuanya saja nanti sambut kata-kata pimpinan atasan.

Kerana menyedari situasi ini ada usaha pihak tertentu didalam Umno untuki memperkenalkan isteri Muhyiddin Yassin, Noraini Abdul Rahaman sebagai idola dan penggerak wanita didalam Umno. Noraini yang berpakaian sopan dan mencerminkan wanita Melayu sebenar dikatakan mampu untuk menjinakkan kaum wanita untuk terus mendempek Umno.

Malangnya pula usaha itu sudah dikesani oleh pihak tertentu di dalam Umno dan ada tindakan-tindakan untuk menghalang Noraini tampil atau berperanan seperti diharapkan. Katanya ke mana saja Noraini pergi beliau akan diikuti oleh segerombolan para SB baik yang rasmi dibekalkan oleh kerajaan dan juga SB yang dibekalkan oleh Rosmah.

Rosmah dikatakan begitu cemburu dengan penampilan Noraini yang dikatakan lebih menonjol dan diterima umum berbanding dengan dirinya. Ekoran sekatan dan pemantauan berkenaan Noraini pula agak tersekat dan malu-malu untuk beperanan bagi membantu Umno. Kesimpulannya di dalam Umno hari ini tidak lagi ada serikandi yang membangkitkan perasaan wanita untuk terus berjuang dan berkorban untuk Umno.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

muka sekor2 x de nur...sdgkan umur dah tua bangka n kubur, kata adat dah mula seru nama2 depa ni...

sedarlah diri..dunia yg kamu dok kejar tu x bwk ke mana..byk mana harta dunia nak amik? tak byk mana pon kamu mkn kalau duit berjuta2 tuu..sama jugak dgn kami mkn kamu tuu..

besar mana rumah, keta, ladang etc..yg kamu nak? tak enjoy mana ada semua tu..mcm kami jugak..tido atas katil yg sama besar, keta sama sampai tjuan..

cukup laa...ingatlah pd malaikat maut..yg dtg bila2 masa yg kita tak tau..kot2 tak sempat taubat n pulangkan balik harta benda haram org/rakyat punya sblum maut! x terlps soal jwb kubur n mahsyar nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...