15 November 2012

Panas ! Lagi Amah Indonesia Dirogol


Putrajaya dukacita, kecam kes rogol warga Indonesia

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Kerajaan Malaysia amat dukacita dengan satu lagi kes perkosa membabitkan wanita Indonesia yang dilapor berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Wanita berkenaan itu juga difahamkan telah diikat dan tidak diberi makan selama empat hari. “Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji ini yang juga merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan,” kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (gambar) dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar akan mengikuti perkembangan kes tersebut dengan Polis Diraja Malaysia serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia.

Mangsa dilapor bekerja sebagai pembantu rumah dan majikannya kini ditahan reman selama tujuh hari sejak 13 November lepas bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.


Gambar hiasan, amah mangsa rogol di Kulim

Media sebelum ini melaporkan tiga anggota polis ditahan reman selepas didakwa merogol seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran di Pulau Pinang. — Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...