14 November 2012

KANTOI ! Pendedahan Projek Kondo Batu Caves, BN Arah Pindah Notis 24 jam kepada YDP MPS !!!




KUALA LUMPUR, 14 Nov — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Aala hari ini telah diberi notis mengejut dipindahkan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dipercayai ada kaitan dengan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di kawasan Batu Caves.

Notis berkenaan yang dikeluarkan oleh timbalan pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diterima melalui emel awal hari ini oleh MPS bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci jawatan yang diberikan kepada Zainal Abidin, sebaliknya, mengarahkan beliau berpindah serta-merta ke INTAN, bermula esok.

Seorang Ahli Majlis yang dihubungi The Malaysian Insider, Lee Khai Loon mengesahkan perkara itu, namun beliau juga memaklumkan masih belum menerima butiran lengkap berhubung perpindahan mengejut tersebut.

“Saya sendiri baru terima berita ini ... (butiran) secara terperincinya, saya belum dapat.

“(Tapi) sudah sah Datuk YDP (Zainal Abidin) akan dipindahkan ke INTAN bermula esok atas satu notis hari ini yang dikeluarkan timbalan pengarah JPA melalui emel,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Lee turut menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan tersebut, kerana masih banyak perkara yang belum dapat diselesaikan MPS termasuklah penyediaan bajet dan perbincangan berkenaan isu kondominium 29 tingkat di kawasan Batu Caves.

“Kami (ahli majlis) terkejut ... tiada sebarang tempoh peralihan untuk YDP. Apa sebab dia dipindahkan juga kami tidak pasti.

“Banyak lagi perkara yang belum diselesaikan ... penyediaan bajet untuk kondominium 29 tingkat di Batu Caves juga dalam perbincangan, tetapi sekarang secara tiba-tiba, beliau dipindahkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika rumah terbuka MIC di Batu Caves semalam berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membatalkan projek berkenaan sekiranya parti pemerintah itu berjaya merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Mungkin ia ada kaitan dengan perkara tersebut,” kata Lee dan tidak menolak wujudnya hubungan antara perpindahan mengejut tersebut dengan isu kondominium di kawasan ibadat masyarakat Hindu itu.

Najib turut mengumumkan akan menjadikan kawasan Kompleks Batu Caves itu sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco menjelang 2015, sebaik sahaja masalah teknikal berhubung perkara itu diselesaikan.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Oktober lalu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Malah, bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu turut sama menyertai protes tersebut dan memberikan ucapan di hadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves itu dianggap sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan kawan tumpuan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Hindu dan meliputi sejumlah 170,000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor. -TMI

TEMBELANG UMNO PECAH!!!
YDP MPS sahkan projek kondominium di Batu Caves diluluskan kerajaan BN , tetapi ditangguhkan kerajaan PR


Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin Aala telah menafikan tuduhan UMNO/ Barisan Nasional bahawa Dolomite Park Avenue projek kondominium di Batu Caves telah diluluskan oleh kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MPS hari ini, Zainal Abidin memberitahu pemberita bahawa "Kelulusan Perancangan" yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada pembinaan setiap yang dianugerahkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Sebenarnya, Perancangan. Kelulusan adalah kunci kepada pembinaan yang diluluskan.

"Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya dianugerahkan pada tahun 2007, dan pembinaan siap lot kedai adalah fasa pertama. Fasa kedua adalah pembinaan unit kondominium, "jelasnya.

Zainal Abidin juga mendedahkan bahawa projek oleh Dolomite Properties Sdn Bhd telah diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains semasa pemerintahan BN Selangor walaupun penolakan daripada Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awal.


Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.

“Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan,” kata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...