23 Oktober 2012

Terkini ! Pakatan Mampu Menangi 27 kerusi Parlimen Sabah Dan Sarawak !!!



MP Beaufort Datuk Lajim Ukin mengatakan semasa berucap dalam ceramah di Setapak semalam yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Dalam ucapannya itu, Lajim berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak semalam.

"Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

"Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dalam bulan Jun lalu dan bertindak melepaskan semua jawatannya dalam Umno serta mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat hujung Julai lalu.

Beliau kini memimpin Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang berhasrat untuk menumbangkan pentadbiran BN di Negeri di Bawah Bayu itu.

MP Beaufort Datuk Lajim Ukin juga memohon maaf atas tindakannya memluluskan kontrak pembersihan kepada syarikat Alam Flora ketika menyandang jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Berucap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,000 orang pada malam tadi, Lajim menceritakan bahawa beliau meluluskan kontrak berkenaan atas arahan perdana menteri.

"Saya kena ikut arahan dari big boss, " katanya yang turut mengaku bebas rasuah sewaktu beliau bersama BN.

Syarikat itu didakwa menjalankan tugas pembersihan sampah yang tidak sempurna di negeri Selangor bagi mensabotaj pentadbiran Pakatan di negeri itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pada Oktober tahun lalu memutuskan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora.

"Saya tak rasuah. Tiga bulan saya keluar Umno belum ada fail kena cari untuk saya.
"Kalau ada pun itu akan dibuat-buat pemimpin Umno untuk memalukan saya sahaja," katanya yang mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...