27 Oktober 2012

Panas! Skandal GLC 3.0 -Projek 99East Langkawi Rugi RM50 Juta.....Ruyup BN Kedah.


SELAMAT DATANG NAJIB KE LANGKAWI......
Projek 99 East Langkawi... akan ranapkan sama sekali imej BN Kedah yang sedang nazak...



Kegagalan Projek 990East Langkawi bisa bikin Pak Najib kepala pusing memikir nasib BN Kedah

Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Pemegang utama saham Tera Monda ialah pelabur dari Swiss yang memegang 51 peratus kepentingan.

Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana KCB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. 


Nisbah keuntungan sangat tidak seimbang, terang-terang KCB jadi pecacai pihak asing. Masalahnya tanah yang dijanjikan KCB itu bukan miliknya. Yang menanggung beban itu tentulah kerajaan negeri. Maklumat awal, premium tanah sahaja yang terpaksa ditanggung (kerugian?) oleh kerajaan negeri ialah RM36 juta.

KCB juga dikatakan akan membina 'mahligai' bernilai RM7 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian). Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut kerana pengurusan Perbadanan Menteri Besar (PMBKed) yang menaungi KCB tidak mahu memberi Power of Attorney kepada 990East Langkawi. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.9 billion dan sebahagian projek sudah bermula.

Hari ini pihak pembangkang (BN Kedah) sedap mulut menghentam pihak kerajaan negeri kononnya tidak buat kajian mendalam sebelum melabur di Papua (merujuk kepada kegagalan KCB di zaman Pakatan) soalnya dalam isu 990East ni BN buat kajian sampai takat mana? Dengan modal berbayar cuma RM50 ribu, sanggup melangkah kaki dalam projek RM1.9 billion
.

Banyak lagi maklumat mengejutkan yang akan didedah di sebalik projek 99 East ini. Kita cerita sikit-sikitlaa nuu, bagi rakyat mudah faham. Kalau serang sekaligus jawabnya rebah tegulin Najib, penin dengan perangai BN Kedah dulu yang catatan penyelewengan dan kegagalan mereka tak habis-habis. Satu demi satu terbongkar kini.




Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.


“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,” katanya.


 Projek   99 East Langkawi bernilai RM1.9 billion dengan perjanjian usahasama yang merugikan PKB. Sehingga kini kerugian dianggarkan 50 juta.

Perkara ini telah dinyatakan oleh MB pada sidang media semalam , Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011. 


Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.


Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...