26 Oktober 2012

Panas ! Skandal Pulau Bumbun...Ahli PBT Buat Laporan Polis

Ahli majlis sifatkan BN 'Buta Akta'... Dato' Rasli dilapor pada SPRM

(Ahli PBT buat report SPRM terhadap Datuk Rasli)

JITRA – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah atau Kedah Local Councillors Secretariat (KLCS) menyifatkan pemuda BN Kedah buta undang-undang (Akta 171) dan tertinggal bas, apabila mengulas tentang tindakan ahli-ahli majlis PBT (lantikan politik) mendesak Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatannya.



Menurut jurucakap KLCS, Basir Ismail bahawa pengerusi pemuda BN Kedah cuba nak menegakkan benang basah dalam hal ini semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Datuk Rasli Basir yang kini mendapat desakan kuat dari ahli-ahli majlis PBT Kedah supaya meletakkan jawatan.

Di samping, UMNO/BN yang pernah menjadi kerajaan di Kedah sejak merdeka hingga 2008, seolah-olah tidak sedar bahawa Akta 171 yang menjadi undang-undang di dalam perjalanan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dijadikan asas di dalam hal ehwal perlantikan Yang DiPertua PBT di negeri ini”.

“Ini bermakna mereka (pemuda BN) bukan tidak tahu undang-undang tersebut, malah tidak tahu tentang risiko yang bakal dihadapi oleh PBT. Ia juga mengambarkan mereka (UMNO/BN) tidak tahu menggunakan kuasa untuk menguruskan kerajaan tempatan, katanya”.

Dalam hal ini, saya melihat pemuda BN Kedah mulai cemas dan rasa terancam apabila ahli-ahli majlis PBT meminta Pihak Berkuasa Negeri menggunakan haknya di dalam perlantikan Yang DiPertua PBT.

Barangkali mereka (UMNO/BN) amat bimbang jika Pihak Berkuasa Negeri akan melantik seseorang Yang DiPertua dikalangan individu yang beramanah, telus serta boleh berkerjasama dengan ahli-ahli majlis, sekali gus mendukung dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kerana jawatan Yang DiPertua adalah jawatan terbuka, tidak terikat mesti dilantik dikalangan pegawai tadbir negeri (KCS) semata-mata.

Oleh itu, saya menanggapi kenyataan pengerusi pemuda BN Kedah sebagai mengambil maklumat tepi jalan, ia tidak merujuk kepada undang-undang (Akta 171), apabila mahu mempersoalkan tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah, kata Basir.

Tuduhan mengatakan ahli-ahli majlis mendesak Datuk Rasli adalah seperti mempertikaikan Al Sultan Kedah, Basir menjelaskan ia adalah usaha yang berterusan pihak UMNO/BN Kedah untuk mengalihkan isu sebenar yang berlaku.

“Pemuda BN Kedah, kalau nak campurtangan dalam isu ini, elok rasanya mereka bantu Datuk Rasli menafikan dakwaan salahlaku yang sudah mula terbongkar satu demi satu, katanya.

“Adakah pemuda BN bersedia menjadi pembantu Datuk Rasli menafikan penyalahgunaan kuasanya ke atas isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi dan projek rasuah ibu pejabat baru Majlis Perbandaran Sungai Petani yang bernilai RM 46 juta dan lain-lain penyalahgunaan kuasa, rasuah yang akan didedahkan sedikit masa lagi, soal Basir.

Oleh itu saya meminta supaya pemuda BN Kedah tidak lagi mengeksploitasi isu ini, lebih baik mereka (pemuda BN Kedah)buat keraja lain supaya rakyat nampak mereka masih releven untuk memimpin negeri ini di masa depan”.




Isu SUK - Laporan Polis Isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi disyaki berlaku penyalahgunaan kuasa SUK Kedah.


ALOR SETAR: Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah (KLCS) membuat laporan polis berhubung isu permohonan tanah dan projek pusat peranginan dan rekreasi antarabangsa di Pulau Bumbun Besar, Langkawi yang melibatkan kepentingan sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai hubungan rapat kekeluargaan dengan Datuk Rasli Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Laporan polis telah di buat oleh 11 orang ahli-ahli majlis PBT dari Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Kulim serta Majlis Daerah Kubang Pasu dan Baling di ibu pejabat polis (IPD) Kota Setar, jam 2.30 petang tadi.

Mohd Jamal Bin Nasir, ahli majlis daerah Kubang Pasu yang turut membuat laporan polis berkata, laporan polis ini dibuat bertujuan untuk pihak polis menjalankan suatu siasatan ke atas Datuk Rasli Bin Basir dan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam isu permohonan tanah dan pemajuan projek peranginan dan rekerasi antarabangsa yang difahamkan menelan kos sebanyak RM 1.2 billion.

“Kami mendapati seolah-olah permohonan tanah dan pemajuan projek ini melibat kepentingan secara langsung maupun tidak langsung oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, katanya.

Katanya, walaupun permohonan ini telah ditolak oleh pihak kerajaan negeri kerana sebab-sebab teknikal, dipercayai bahawa dia (Datuk Rasli) telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Pentadbir negeri untuk mempengaruhi proses permohonan tersebut dilaksanakan oleh agensi-agensi keranaan di bawah lingkungannya supaya ia boleh di bawa keperingkat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kedah.

“Adalah sukar bagi kami menolak atau tidak mensyaki bahawa beliau (Datuk Rasli) tidak terlibat maupun berkepentingan di dalam isu tersebut. Ini kerana, syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. yang memohon tanah dan sebagai pemaju projek peranginan dan rekreasi antarabangsa tersebut dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengannya.

Sebelum ini, pihak kami dapati ada pihak lain telah meminta Datuk Rasli menafikan dakwaan bahawa syarikat (Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd.) tersebut tidak ada hubungan kekeluargaan dengannya. Sikapnya yang mendiamkan diri, memaksa kami untuk membuat laporan polis supaya perkara ini boleh disiasat, sejauh mana keterlibatannya dalam isu ini.

Mohd Jamal menambah, berdasarkan maklumat diperolehi, ia seperti telah campurtangan dan menyalahguna kuasa serta kedudukannya terutama di peringkat memproses permohonan melibatkan agensi kerajaan di bawah lingkungnya, sebelum ia untuk diangkat kelulusan dalam mesyuarat exco”.

Jika siasatan mendapati, beliau mempunyai kepentingan serta menyalah-gunakan kedudukannya tersebut maka suatu tindakan undang-undang perlu di ambil ke atasnya dengan segera.

BERITA PENUH SKANDAL PULAU BUMBUN SKANDAL SUK 1.0

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...