25 Oktober 2012

SKANDAL GLC 2.0 -Untung Projek Udang Pun Depa Gabus....

Sebelum cerita pasai GLC admin nak bagi tau pasai apa rakyat Kedah tendang Umno/BN pru12 pertamanya sebab rakyat dah cerdik dah tau puak umno jenis penyamun, pantang tengok projek semua depa nak gabus.

Dari MB Osman raup, sampai Sanusi botak projek paling bangang yang mengabiskan duit kerajaan contohnya Kampung Buku, Pulau Bunga dan Pulau Singa , Paya Pahlawan dan macam-macam lagi kebanyakannya gagal. Apabila dia kena guling oleh 22 adun Kedah ada depa sambung projek dia semua pakat mampuh. Pasai MB selepas Sanusi Botak nanti kita sambung.

Jadi Pru12 rakyat bagi kat pakatan rakyat memerintah  tapi kena ingat ahli PR cuma antara 18% -20% yang menyokong Kerajaan PR maknanya 32% lagi pengundi atas pagar yang tiada parti termasuk pengundi umno belot.

Apa pendapat hangpa setakat nie..macamana prestasi kerajaan PR masuk tahun ke 4...jadi hangpa boleh nilai sendiri dan tentukan di peti undi pada PRU13 nanti.  Admin punya komen cuma 6/10 banyak ruang boleh diperbaiki. 

Cuma bab Media nie admin memang tidak puas hati langsung depa masih ketinggalan, Media kerajaan PR macam media parti takut-takut untuk berbelanja menyediakan Unit yang berkesan dan sebagainya ini mungkin ada halangan dalam organisasi parti ?

Banyak benda Admin nak sentuh takpa...lain kali.....Kedahkini


SAPA REMBAT DUIT JUALAN UDANG RM6.15 JUTA

ALOR SETAR – Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun.

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama.

Sejak berpuluh tahun berlaku, kini Kementerian Kewangan menimbulkan kes ini pada zaman pemerintahan Pakatan Rakyat serta menuntut ganti rugi.

“Dalam perjanjian tu, keuntungan mesti dibahagi dua seperti dipersetujui, tetapi tak patuh, akhirnya pihak Kementerian Kewangan timbul semula pada zaman saya (Pakatan Rakyat).

“Ini penyelewengan kerajaan dulu (BN), tapi pihak kementerian saman kita pula nak duit tu RM2 juta, jadi kita kata nak bayar macam mana, tak pernah dapat pun duit tu,” jelas beliau pada sidang media Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Korban yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Tambah beliau, tuntutan KASB sebanyak RM2.16 juta merupakan tuntutan semula kos operasi telah dikeluarkan oleh KASB. KASB turut mendakwa hasil jualan udang pada 2007 adalah sebanyak RM6.15 juta, tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek.

“Saya difahamkan daripada operator, mereka meletakkan duit tersebut dalam kotak, dan menghantar ke rumah individu tertentu, maka saya suruh polis dan SPRM pergi siasat,” jelas beliau.


Menungkap sejarah pengambilan tanah tersebut daripada penduduk, ianya mendapat tentangan hebat, di mana mereka enggan tanah yang diusahakan dengan padi musnah sama sekali. Beratus-ratus ekar padi yang sudah sedia untuk dituai dilanyak oleh berpuluh-puluh jentolak dengan dikawal rapi oleh polis dan FRU.

Dilaporkan bahawa operasi dihentikan pada penghujung 1997 apabila pihak polis tidak dapat menjamin keselamatan pekerja ladang. Ini ekoran tentangan orang kampung terhadap projek tersebut yang dikatakan telah menyerang tiga pegawai syarikat.


 SKANDAL GLC 1.0

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...