23 Oktober 2012

Kantoi ! Muhyiddin Nak Kelentongpun jangan selalu sangat !!!

Isu teknologi penapis air membran: Dakwaan Muhyiddin tidak tepat

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.

Mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi. Teknologi ini sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.

Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan taklimat terperinci mengenai penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang.

Menerusi teknologi ini, Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang. Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada.

Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.

Purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW). Justeru, teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari.

Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.

Penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah.

Abdul Khalid Ibrahim -Menteri Besar Selangor


Kaedah Penapisan Membran




OPERASI FAEDAH MEMBRAN

ZeeWeed ® 500 bioreaktor membran GE (MBR) menggabungkan kawalan pengudaraan membran maju yang ketara mengurangkan penggunaan tenaga berbanding dengan membran tanpa kawalan ini.

 Dalam satu kajian kes,  2.5 juta gelen setiap  hari menggunakan MBR GE ZeeWeed ® 500 menurun kos tenaga tahunan sebanyak 21%, yang mewakili pengurangan kos keseluruhan sebanyak 8.5% sepanjang hayat 20 tahun produk.



kaedah teknologi membran penebusguna bahan buangan

 Penggunaan Semula Efluen Kumbahan - Potensi Penggunaan di MalaysiaUntuk mengenalpasti pengguna-pengguna yang berpotensi untuk penggunaan semula efluen kumbahan dan kualiti yang diperlukan, termasuk kaedah yang mempunyai kos yang paling efektif untuk meningkatkan kualiti efluen kumbahan untuk penggunaan semula yang sesuai. Ujikaji bagi kaedah teknologi membran penebusguna bahan buangan telah berjaya dilaksanakan di loji rawatan kumbahan awam di Shah Alam.

















Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...