21 Oktober 2012

Panas ! Video Putar Belit MCA Pada Ceramah TG Nik Aziz

Tuduhan Heng amat tidak bertanggungjawab dan putar belit terancang . Mana mungkin Tok Guru berniat demikian, Heng sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menakutkan bukan Islam kepada PAS dan PR





Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie meniru ketuanya Chua Soi Lek bermulut celupar. Beliau mendakwa PAS menbenarkan perbuatan rogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.

Tuduhan Heng amat tidak bertanggungjawab. Mana mungkin Tok Guru berniat demikian, Heng sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menakutkan bukan Islam kepada PAS dan PR. 

– 

Komen Soi Lek bersetuju PAS galakkan rogol wanita bukan 
Islam

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini bersetuju dengan 
pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita
 bukan Islam, dengan berkata bahawa mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz 
Nik Mat telah  mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.Presiden

 MCA itu mendakwa dalam ucapan 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak
 menutup aurat memang wajar untuk dirogol.

"Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila 
anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video 

tersebut  jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," katanya dalam sidang media 
selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang
 perhimpunan agung parti itu esok.

Dr Chua ditanya tentang laporan dari Malaysiakini dilaporkan naib pengerusi 
Wanita MCA  Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol
 kepada perempuan yang tidak menutup aurat.

Menurut laporan portal berita itu, Heng menerangkan bagaimana hukum 

hudud akan  memberi kesan kepada orang Islam dan yang bukan Islam
 berdasarkan ucapan Nik Aziz.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, teramat nyata bodoh MCA ini. Pertama, Islam tidak sekali-kali membenarkan berzina, apatahlagi merogol.

Malahan, Al-Quran dengan tegas menyatakan "Jauhilah zina ". Ini bermakna semua perkara yang boleh melarat kepada zina adalah haram termasuklah pandang mata, bersalaman, berkenalan dan sebagainya.

Tanpa melihat video itu, saya sebagai seorang Muslim faham akan maksud sebenar Tok Guru Nik Aziz.

Beliau membuat andaian bahawa wanita-wanita yang berpakaian seksi mendedahkan diri mereka kepada jenayah rogol.

Bukannya TGNA menyuruh atau membenarkan orang Islam merogol wanita bukan Islam yang berpakaian seksi.

Kenapalah bodoh sangat MCA ni ?

Wassalam

Tok Padang Jeringau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...