03 Februari 2012

SKANDAL NFC : SANDIWARA UMNO BERTUKAR HODOH

Sandiwara UMNO bertukar hodoh


Lebih daripada apa yang kita tahu, kemelut NFC lebih teruk dari itu. Selain daripada rasuah terang-terangan, ia adalah perbalahan dalaman pemimpin Umno yang mahu terlepas daripada kemelut itu dan pada masa yang sama menuding jari di antara satu sama lain dalam usaha untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Pemain utama dalam kejatuhan NFC bukan sahaja termasuk Ketua Wanita Shahrizat Jalil dan keluarga, tetapi juga Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Di sebalik sejumlah besar wang yang terlibat dalam skandal itu, pemimpin-pemimpin yang sedang menunggu cuba untuk menyingkiran Shahrizat dari kuasa. Walaupun menentang, ia akan agak terlalu parah buat Shahrizat untuk mengharapkan atau masih berpegang kepada kedudukannya dalam kabinet ataupun jawatan parti sebagai Ketua Wanita atau dicalonkan sekali lagi untuk mewakili Lembah Pantai. Spekulasi bertiup kencang bahawa menteri wilayah persekutuan Raja Nong Chik, yang juga ketua bahagian Umno Lembah Pantai, mempertaruhkan satu tuntutan ke atas kerusi Parlimen yang kini dipegang oleh anak Anwar dari PKR, Nurul Izzah.

"Umno cuba untuk menafikan segala-galanya dan menutup keseluruhan episod itu. Mereka tidak akan mengaku wujud rasuah dalam kes itu walaupun bukti diberikan oleh PKR kepada rakyat. Ia seperti pilihan terakhir bagi mereka. Mereka tiada pilihan lain. Tetapi inilah yang akan menghapuskan mereka dalam PRU ke-13. Shahrizat yang enggan bertanggungjawab dalam hal NFC dan tindakan Najib yang mempertimbangkan Raja NongChik bagi kerusi Lembah Pantai akan memusnahkan Umno, " seorang ahli Umno memberitahu mc.Perkembangan terbaru yang mengejutkan, pemimpin-pemimpin PKR mendedahkan bahawa Shamsubahrin Ismail, Datuk ‘fix-it’ yang memegang peranan dalam kejatuhan NFC melibatkan RM250 juta, telah meminta bantuan untuk mendapatkan perlindungan dengan mendakwa beliau sebagai "kambing hitam" untuk keluarga Shahrizat Jalil dan demi membolehkan pemimpin-pemimpin Umno tertinggi yang lain terlepas.

"Kami kini mempunyai bukti yang mengejutkan tentang pembohongan demi menutup kes NFC," naib presiden PKR N Surendran berkata kepada Malaysia Chronicle. Peguam hak asasi manusia terkemuka, Surendran memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin, beliau telah dilantik oleh Shamsubahrin untuk bertindak bagi pihaknya. Memandangkan kerumitan kes itu, Surendran dijangka mendedahkan maklumat secara berperingkat-peringkat dengan seberapa segera apabila PKR telah dapat mengesahkan fakta sedikit demi sedikit.

Pemimpin PKR juga memberi amaran bahawa Shamsubahrin mungkin berada dalam bahaya. Walaupun dia masih berada di bawah reman, tahanan Malaysia kerap kali mati di dalam tahanan.

‘Saya berkali-kali diberi tekanan’

Menurut Surendran, pengerusi NFC Salleh Ismail telah didakwa meminta kliennya untuk merasuah polis untuk menutup siasatan rasuah ke dalam NFC, di mana keluarga Umno menteri ShahrzatJalil dituduh menyalahgunakan sebahagian besar pinjaman mudah RM250 juta yang diberi kerajaan bagi membangunkan projek penternakan lembu.

Sambil mengedarkan laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh Shamsubahrin kepada wartawan, Surendran menegaskan perenggan di mana Shamsubahrin berkata bahawa dia telah menerima "panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendesak saya untuk merasuah polis untuk menutup kes NFC."

"Saya mempunyai bukti dalam bentuk SMS. Saya tidak sanggup untuk berbuat demikian walaupun saya telah ditekan berulang kali. Saya hanya menjawab dengan mengatakan saya akan cuba untuk menyelesaikan perkara itu, "katanya dalam laporan tersebut.

Shamsubahrin juga menuduh ketua NFCorp "menipu saya dengan melantik saya sebagai Penasihat Korporat dan Perunding" pada bulan November 2011 yang katanya adalah pelantikan palsu.

Didakwa menipu Salleh

Shamsubahrin yang berusia 45 tahun telah didakwa dengan menipu Salleh sebanyak RM1.76 juta dalam yuran perundingan palsu. Minggu lepas, pihak polis mendakwanya lagi atas dua tuduhan menipu.

Shasubahrin telah berkata "dakwaan dan siasatan terhadap saya tidak berasas."

Menarik untuk diperhatikan bahawa Megat Najmuddin Megat Khas dalam kandungan e-mel baru-baru ini untuk menyebut bahawa pemimpin Umno ada memberitahu bagaimana seorang peguam NFC telah mendakwa bahawa orang atasan NFC telah membayar wang kepada seorang penipu untuk mempengaruhi siasatan polis.

Megat telah mengesahkan e-mel itu datang dari dia dan walaupun dia membuat penjelaans bahawa peguam NFC mungkin juga tidak bercakap benar. Walau bagaimanapun, ia menyediakan bukti bahawa pihak ketiga iaitu seorang pegawai NFC atasan telah cuba untuk merasuah polis melalui Shamsubahrin. E-mel Megat telah diperolehi dan diumumkan kepada orang ramai oleh pemimpin PKR.

Sementara itu, Ismail Salleh, ketua NFC dan juga suami Shahrizat, telah menafikan bahawa dia cuba merasuah polis. Beliau juga berkata Shamsubahrin bukan saudaranya dan dia pula tidak pernah bekerja dengan NFC.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...