30 Januari 2012

Kota Siputeh: Speaker dibenar cabar keputusan mahkamah


Mahkamah Persekutuan hari ini memberi kebenaran kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Abd Isa Ismail untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sharif sebagai ADUN Kota Siputeh.

Keputusan itu dibuat oleh panel lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Hakim-hakim lain yang sidang bersama ialah Hakim Besar Malaya Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong, Hasan Lah dan Datuk Seri Suriyadi Halim Omar.

Pada 18 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi itu kosong.

Hakim-hakim lain yang bersidang ketika itu ialah ialah Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Aziah Ali.

Pada November 2009, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas mendapati terdapat asas dalam permohonan Abd Isa bahawa Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat dewan undangan negeri pada tahun berkenaan.

Menurut Perkara 51 perlembagaan negeri Kedah, mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir dari persidangan dewan negeri tanpa kebenaran dari speaker sebanyak dua kali berturut-turut, akan lucut kerusi mereka
.-MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...