31 Januari 2012

' TAK PAYAH SERANG SAYA' : AZIZ BARI


SHAH ALAM - "Tak payahlah serang saya." Demikian respons Dr. Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu akhir Disember lalu.

Abdul Aziz bersara dari UIA pada 31 Disember lalu.Pakar perlembagaan itu berkata, beliau tidak menjangkakan pengurusan UIA sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang dibawa oleh akhbar tempatan hari ini.

"Ada penulis yang jahil menulis pasal isu gelaran profesor saya. Untuk pengetahuan umum, saya masih tanda kertas peperiksaan, masih menyelia tesis, saya tak tuntut apa-apa bayaran, tidak ada gaji pun. "Saya lakukan ini atas rasa tanggungjawab saya kepada pelajar-pelajar saya," kata beliau pagi ini.

Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIA," katanya.

Ada penulis mempersoalkan bidang pengkhususan dan pihak yang memberi pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.Dalam ulasannya, Abdul Aziz juga berkata, beliau diserang sedemikian ekoran laporan-laporan media dan cakap-cakap bahawa akan bertanding dalam pilihan raya umum.

"Di luar negara, orang menggunakan gelaran profesor berdasarkan tahap ilmu dan prinsip kebenaran yang dipegang, walaupun seseorang itu sudah tidak lagi berkhidmat.

"Walaupun mereka tidak lagi berkhidmat, walaupun tidak menggunakan gelaran profesor emiretus, mereka masih dikenali sebagai profesor. Bagi saya hanya UIA, universiti yang pertama membuat kenyataan mengatakan gelaran profesor digugurkan,"
katanya lagi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...