30 Januari 2012

" PANDUAN PELABUR" -TAIB



Taib Berada Di Alam Fantasinya Sendiri


Pada minggu ini, Setiausaha Akhbar bagi Ketua Menteri Sarawak, Amin Sahmat, mendapati sukar untuk memberikan penjelasan kenapa sidang-sidang media pasca mesyuarat kabinet tidak diadakan seperti kebiasaannya, seperti dilaporkan oleh akhbar Borneo Post.

Bagaimanakah cara Ketua Menteri itu memperoleh banyak syarikat dan tanah negeri, walaupun gaji menterinya tidaklah begitu lumayan?
Perkara-perkara yang dibincangkan dalam kabinet dilihat sebagai remeh jika dibandingkan dengan skandal rasuah yang teruk membelengu Taib Mahmud yang berlaku di tengah-tengah kerajaan Sarawak!

Tetapi, Abdul Taib Mahmud tidak dapat menjawab semua soalan yang diutarakan oleh para pemberita! Oleh yang demikian beliau telah mengarahkan sidang-sidang media dibatalkan selepas mesyuarat kabinetnya! Ketua Menteri itu diketahui berkuasa penuh atas media cetak di Sarawak (terutamanya akhbar Sarawak Tribune, milik keluarganya, dan Borneo Post, milik rakan-niaganya). Kini akbar-akbar itu tidak lagi melaporkan berita biasa, tetapi melaporkan pergerakan orang tua itu yang mundar-mandir di seluruh negeri cengkamannya (tetapi tidak akan melaporkan dapatan-dapatan dari mesyuarat kabinetnya).

Taib juga telah cuba mengharumkan namanya di mana dia telah diketahui membiayai ‘panduan pelabur’, yang sebenarnya sekadar promosi-promosi yang kelihatan seperti laporan dan analisa perniagaan.

Investvine adalah sekadar risalah promosi perniagaan yang Taib gunakan untuk meraih berpuluh billion dollar dari peniaga-peniaga Arab yang akan melabur dalam projek SCORE. Projek itu, yang terletak di tengah negeri Sarawak akan menjadi sebuah kawasan penjana kekayaan bagi Taib dan keluarga nanti.


Laporan dalam Investvine juga mengetengahkan anak Taib, iaitu Mahmud Abu Bekir yang disanjungi sebagai seorang yang ‘cerdik’. Kini laporan itu telah diketahui sebagai alat membesar-besarkan segerombolan keluarga terasuah jika dibandingkan dengan orang kebiasaan di Sarawak.

Sarawak Report pernah melaporkan mengenai Mahmud Abu Bekir Bin Abdul Taib yang akan berdiri di kawasan Mukah, manakala sepupunya Ahmad Bin Ibrahim (seorang yang pernah menerima banyak tanah rampasan) akan berdiri di Kota Samarahan. Kita boleh mengandaikan, selepas ini nanti Pengerusi UMNO BN, Najib Razak akan bertambah meluat dan marah jika Taib terus mencalonkan ahli-ahli keluarganya sendiri untuk berdiri dalam parlimen dan DUN di Sarawak. Pada pilihanraya lalu, Najib pernah menegur Taib kerana hal yang sedemikian. Abu Bekir, suatu ketika dahulu, pernah gagal menyiapkan projek-projek membina jambatan, menerusi syarikat Titanium Management miliknya, walaupun dia memang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang berkenaan. Setelah kegagalan itu, Taib telah membiayai ‘Inside Sarawak’ untuk menggembar-gemburkan mengenai kejayaan Abu Bekir.

Setiap orang di Sarawak telah mengetahui mengenai kegagalan projek itu. Siapa lagi yang akan dibohongi oleh Taib selepas ini?

Ketika orang tua bangka itu hidup dilamun mimpi rekaannya sendiri, sambil mengelakkan diri bercakap dengan pihak medianya sendiri, dan membiayai media luar untuk melaporkan berita-berita rekaan, orang-orang Sarawak sepatutnya berfikir panjang-panjang pada pilihanraya yang akan datang nanti. Pilihlah wakil rakyat yang betul-betul akan membantu menambahbaik kualiti kehidupan kita, dan anak cucu kita. Cukuplah dengan yang ada sekarang, yang telah semakin uzur dan tidak akan berubah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...