01 Februari 2012

SAFEE SALI KEKAL DI PELITA JAYA DENGAN PAKEJ LEBIH RM2 JUTA

Safee kekal di Pelita Jaya


Penyerang sensasi negara, Safee Sali mengesahkan penyambungan kontrak bersama Pelita Jaya FC sehingga 2014 dengan pakej bernilai lebih RM2juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan .

Keputusan beliau menjawab teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor. Malah lebih hebat lagi Safee juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi. -SH

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...